Sunday, December 30, 2012

Telekung



Telekung dewasa.
Kain jenis jersey, tebal tapi tak panas dan tak jarang.

Kenapa Telekung kami jadi pilihan ramai??

  • Telekung jahitan tangan
  • Mudah dipakai (tak perlu anak tudung) muat utk kepala.
  • Kain tebal.
  • Selesa dipakai
  • Mudah dibasuh
  • Harga berpatutan.

Harga.

RM70.00
(Dah campur dengan kos pos laju)

Cara tempahan
------------------

sms tempahan anda ke 012-5648649

Bank in ke akaun Maybank: 157410002339
Nama: saadon zubir b. jamhari


Maklumat tempahan anda hanya melalui sms.


p/s:  Maaf model tak mau glamer...

Saturday, December 29, 2012

Telekung Dewasa


Telekung dewasa.
Kain jenis jersey, tebal tapi tak panas dan tak jarang.

Kenapa Telekung kami jadi pilihan ramai??

  • Telekung jahitan tangan
  • Mudah dipakai (tak perlu anak tudung) muat utk muka.
  • Kain tebal.
  • Selesa dipakai
  • Mudah dibasuh
  • Harga berpatutan.

Harga.

RM70.00
(Dah campur dengan kos pos laju)

Cara tempahan
------------------

sms tempahan anda ke 012-5648649

Bank in ke akaun Maybank: 157410002339
Nama: saadon zubir b. jamhari


Maklumat tempahan anda hanya melalui sms.


p/s:  Maaf model tak mau glamer...

Wednesday, December 26, 2012

Khidmat Pembantu Rumah Bogel


JOHANNESBURG: Pembantu rumah yang berbogel ketika bekerja dan tukang paip yang bukan setakat buang kekotoran yang melekat di paip, tetapi “membuang” bajunya juga.
Inilah perkhidmatan yang diberi oleh sebuah syarikat di Afrika Selatan.
Natural Cleaning Co., yang mendakwa satu-satunya syarikat “menawarkan semua perkhidmatan secara berbogel di dunia,” ditubuhkan sebulan lalu oleh Jean-Paul Reid, setelah mengalami masalah untuk mendapat pekerjaan sebagai akauntan di negara yang mempunyai 23.9 peratus kadar pengangguran.

Syarikat itu menawarkan khidmat pembersihan rumah, perakaunan, undang-undang dan kerja-kerja tukang untuk wanita, dengan satu syarat - staf akan tiba sama ada separuh bogel atau berbogel, bergantung kepada permintaan pelanggan.
Reid, 29, berkata, “Khidmat pembersihan paling popular diikuti oleh khidmat tukang untuk wanita.”
Katanya, buat masa ini, dia menerima seorang pelanggan sehari, dan biasanya dikalangan lelaki pertengahan umur dan berkulit putih.

Semua pekerjanya bekerja secara separuh masa dengannya dan mempunyai pekerjaan lain seperti model, pelatih peribadi dan pelajar di bidang undang-undang dan perakaunan.

Perkhidmatan yang diberikan adalah “hiburan semata-mata” dan menurut Reid, “Kami tidak menawarkan khidmat pelacuran.”

Laman syarikat itu, naturalcleaning.wozaonline.co.za memaparkan gambar lelaki sasa tanpa baju memegang pembersih hampagas dan gambar wanita sedang menggosok tanpa memakai pakaian kecuali sepasang stokin, seorang tukang masak meletakkan mangkuk salad dan pelbagai perkhidmatan berbogel yang lain.

Harga perkhidmatan itu antara 175 rand (RM69) satu jam untuk perkhidmatan “separuh berbogel” hingga ke 450 rand (RM179) untuk seorang profesional seperti peguam, akauntan dan tukang paip. - AFP

Tuesday, December 25, 2012

Telekung Budak - Handmade



Telekung Budak
---------------

Telekung jahitan tangan,
Jahitan yg kemas.
Menggunakan kain jersi @ JC.
Mudah dipakai (Tak perlu anak tudung)
Kain tebal.
Kain lembut dan tak panas.
Tak jarang.
Sungguh selesa.

Ukuran
----------


Dari dagu ke bawah 20 inci.
Kain dari pinggang  ke bawah 36 inci.

sesuai utk anak dari umur 6 tahun hingga 8 tahun.


RM 45.00
(Dah campur dengan kos pos semenanjung)


Tempahan boleh hubungi no. 012-5648649 Zubir.

Cara tempahan
-------------


Bank in RM45.00
sms tempahan anda ke no. 012-5648649 Zubir

Bank in ke akaun Maybank: 157410002339 
Nama: saadon zubir b. jamhari

Wednesday, December 12, 2012

Corporate Gift!

A Unique Custom Design Air Freshener as a Corporate Gift!

We have supplied our product to advertising and promotional industry. Many customers and distributors recognized the value of our unique promotional items.
TAKE AN ADVANTAGE OF SUCCESS OTHER COMPANIES FEAST ON!
call 012-5648649 (Zubir - Penang)

Thursday, December 6, 2012

Petua Goda Suami di usia 40 an


ANGKA 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru, semakin matang. Bagi wanita usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, dan selalu dikaitkan dengan musim saham mula menurun. Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali untuk memperlekeh kaum wanita. Cuma saya ingin bercakap perkara yang betul di depan mata. Satu hakikat perihal Adam dan Hawa.

Macam mana pun golongan pejuang wanita menegaskan tidak ada beza antara lelaki dan perempuan, saya tetap berasa ada perbezaan yang jelas. Ini bukan soal fizikal - yang memang jelas ada bezanya - tetapi ciri-ciri lain yang menyebabkan Leha dan Leman tidak serupa. Sebenarnya, awal-awal sudah berbeza. Dari segi tahap kematangan semua orang mengakui perempuan lebih cepat dewasa berbanding lelaki. Anak perempuan baligh lebih awal dari lelaki. Ada gadis yang mula haid seawal sembilan tahun. Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa.

Mereka yang mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan boleh melihat hal yang sama. Baru darjah enam anak perempuan sudah boleh diharap mengemas bilik tidur, mencuci pinggan mangkuk, membancuh susu adik. Anak lelaki sudah tingkatan tiga pun masih tidak tahu apa-apa. Sebab itu orang putih kata, kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40 tahun. Konon, pada usia ini lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin, lebih itu, lebih ini. Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil: konon pada usia 40 inilah degree kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat!

Miang, gatal, merenyam, gelenyar...banyak lagi istilah-istilah (maaf, sesetengahnya tidak sesuai disiarkan sebab kedengaran kurang sopan) yang seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki setelah melewati usia empat puluhan. Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antaranya, yang paling biasa: suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, suami kahwin baru.

Bukanlah hendak menyebelah lelaki, tetapi pada hemat saya andaian seperti itu adalah rambang, dan sekali gus tidak adil. Sebab, bilangan suami yang main kayu tiga, atau membuka 'cawangan' baru adalah kecil, terlalu kecil. Mungkin yang jeling-jeling wanita lain ramai, tetapi percayalah jelingan itu tidak membawa apa-apa mudarat. Lagi pun ada sebab suami menjeling wanita lain. Maaf cakap, ketika suami mula 'meriah habis' pada usia 40, wanita pada usia tersebut dikatakan mula mengendur dan 'dingin' dalam banyak hal. Sebenarnya, ini diakui sendiri oleh ramai wanita, sebab itu mereka tidak suka usia empat puluhan disebut.

Pendek kata, angka 40 membawa persepsi yang berbeza kepada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, usia tersebut dikaitkan dengan kematangan dan kehebatan, bagi perempuan, usia tersebut sering digambarkan sebagai peringkat saham menurun. Kalau ada suami yang mula menunjukkan tanda-tanda 'keriangan' luar biasa, saya ada panduan untuk isteri menyekat suami main mata dengan orang lain. Kaedah ini tidak ada dalam buku motivasi suami-isteri, tetapi boleh dicuba.

Pertama, layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan. Contoh: "Fuhhh, misai abang sekarang tebal semacam, kita tengok pun geram!" Atau: "Abang sejak minum kopi herba tu, kita rasa luar biasa!"

Kata-kata seperti ini boleh membangkitkan semangat, dan suami merasa dihargai. Tetapi jangan cakap sahaja, isteri patut buktikan dengan perbuatan. Jika hanya pandai memuji misai, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian tentang misai itu tidak bererti langsung. Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.

Masalahnya ialah wanita pada usia 40, lebih-lebih lagi yang sudah beranak ramai, sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab kesibukan di pejabat, atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Letak sahaja kepala di bantal, terus berdengkur.

Pada hemat saya, tanpa mengira usia, isteri patut bijak melakukan reaksi-reaksi hangat semasa berdua di kamar tidur. Mungkin boleh cuba urutan cakar harimau yang popular itu. Sambil mencakar boleh bergurau senda, dan puji-puji tentang misai. Kalau cakaran harimau sudah mengena, suami yang letih menjadi segar semula. Pasti suami akan membalas dengan cakaran kucing jantan.

Bayangkan apa akan terjadi apabila cakar berbalas cakar. Tentu harimau akan mengaum. Amaran: hati-hati sekiranya isteri berkuku panjang dan tajam, takut tersilap cakar luka pula kulit belakang suami. Akibatnya, suami berasa kesakitan dan mungkin menggunakan tendangan kambing gurun hingga isteri terpelanting bawah katil!

Kedua, isteri mesti terus bergaya. Sebenarnya wanita pada usia 40-45, masih cantik dan menawan. Masih anggun dan mempesona. Memanglah tidak 'cun-melecun' seperti gadis belasan tahun lagi 'trang-tang-tang'. Tetapi sekiranya bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.

Masalahnya ialah sesetengah isteri, terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal keterampilan diri. Tidaklah selekeh, tetapi kurang mesra alam. Rambut tidak disisir, menggerbang macam langsuir atau penunggu pohon beringin dalam Misteri Nusantara. Dahi berkerut, bibir berkedut. Tanpa bedak, tanpa gincu. Pipi pun berminyak semacam. Sudahlah begitu, pakaian pun asyik kain batik lusuh dengan t-shirt Pagoda leher bulat yang ketiaknya terkoyak sedikit. Ini sudah menjadi uniform tidak rasmi suri rumah yang tidak berseni. Sesetengahnya langsung tidak berbaju, hanya berkemban. Sudahlah berkemban, nampak bulu ketiak keriting, betul-betul macam ibu si Tenggang.

Percayalah, kalau rupa seperti ini yang dilihat oleh suami setiap hari, belum masuk usia 40 tahun pun suami sudah menjeling wanita lain. Jika hari-hari melihat puntianak atau ibu si Tenggang, suami pun berasa muak juga. Suami pun hendak melihat benda-benda indah.
Sebenarnya, mendandan diri bukan susah sangat. Lagi pun kebanyakan suami tidak cerewet sangat. Suami tidak mengharapkan isteri menyambutnya dengan pakaian berjenama antarabangsa, atau jari lentik dengan kuku berwarna, bibir merah dan basah berkilat, rambut ikal mayang teknik rebonding, alis lentik bagai penari Mak Yong.

Apa yang dikehendaki oleh kebanyakan suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan lentuk sangat, suami naik lemas pula. Rambut perlu disisir kemas, pada hari-hari tertentu (petang Khamis umpamanya!) boleh letak bunga ros di kepala. Tetapi, jangan pula terlebih hingga pacak bunga manggar di kepala. Nanti suami ingat isteri sudah sewel.

Pipi patut dihias supaya tidak nampak berminyak macam mamak jual capati. Kalau tidak mampu pakai bedak yang berjenama, bedak biasa pun boleh, asalkan disapu dengan kemas. Jangan asyik lumur dengan bedak beras sejuk sehingga wajah kelihatan seperti wayang China purba!

Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat. Kalau tidak ada pewangi pun gunakanlah haruman ash dari bunga cempaka, melur, kenanga atau lain-lain bunga wangi. Kalau pun teruk memasak di dapur pastikan bau serbuk kari, sambal belacan, budu, atau bau ikan pekasam goreng tidak melekat di tubuh. Amaran: jangan sekali-sekali ada bau semburan ubat lipas atau kapur barus pada tubuh. Mati selera suami.

Ketiga, mesti selalu senyum. Sambutlah suami dengan senyum paling manis. Senyum yang ikhlas, dan bukan dibuat-buat. Ingat, orang lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu. Tetapi, jangan tersengih tidak tentu pasal, nanti suami ingat isteri tersampuk puntianak sundal malam. Tidaklah diharapkan isteri mengurut-urut bahu atau dada suami sebaik masuk ke rumah, lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak. Memadailah isteri menegur: "Abang nampak letih, boleh kita ambilkan air? Abang nak air sejuk atau air panas?"

Tetapi, jangan pula memberitahu suami benda-benda yang mungkin mematikan semangatnya, seperti: "Tadi ada orang datang, dia kata abang dah tiga bulan tak bayar ansuran kereta, betul ke?" Atau: "Orang sebelah tu beli TV 29 inci, boleh tak kita beli yang 36 inci?"

Keempat, etika di bilik tidur. Ini paling penting, sebab bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bunga wangi di atas tilam. Barulah bersemangat untuk cakaran harimau atau cakaran kucing.

Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati empat puluhan, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tidak ada bau minyak wangi, seperti zaman baru-baru kahwin dulu. Apa yang memenuhi bilik tidur sekarang hanyalah bau minyak angin.
Bilik tidur penuh dengan beraneka minyak angin. Penjuru katil ada minyak lenguh sendi, tepi bantal ada minyak sengal tulang, atas tilam ada minyak pening kepala, bawah katil pun ada minyak semput.

Walaupun sudah lenguh sana-sini, minyak-minyak itu bukan di kamar tidur tempatnya. Kalau setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk mencakar. Ini yang isteri kena faham.

Selamat mencakar ..... Aummmm !!!!

Pejuang Palestine

Tentera islam menentang israil.
Peraturan utama ialah mesti hafal Al-Quran berpuasa pada hari isnin dan khamis serta solat tahajjud setiap malam.

Dua wartawan harian matro.



P/S: Sumber harian matro pada 7/12/2012

Thursday, November 29, 2012

Thursday, November 22, 2012

Kerana Cinta: Remaja 16 tahun jatuh tingkat tujuh.


Kerana cinta seorang gadis 16 tahun jatuh tingkat tujuh apartmen ketika cuba keluar dari tingkap untuk jumpa kekasih..

Berita dalam Kosmo: 23/11/2012



Monday, November 19, 2012

Menjadi Agen CarSemerbak


Agen merupakan pakej sederhana yang boleh melayakkan seseorang itu menjadi ahli semerbak seumur hidup dan seterusnya memulakan bisnes wangian dengan Semerbak Industries. Terdapat 2 pakej yang boleh dipilih semasa mendaftar pakej ini. Mereka yang mendaftar pakej ini akan dibekalkan dengan produk dan website bagi tujuan promosi.

Modal - RM360
Kos penghantaran RM20 (semenanjung) dan (RM30 Sabah/Sarawak)
Komisen penajaan RM15

Pakej 1 - Haruman Kereta
CarSemerbak : 40 botol (7 jenis haruman)
Tester CS : 1 set (7 jenis)
CarSemerbak2.0 : 9 keping (3 jenis haruman)
Tester CS2.0 : 3 keping (Semua jenis)
CS Premium : 6 keping (3 jenis haruman)
Flyers : 20 keping
Pen Semerbak : 1 Batang
Sticker Semerbak : 1 keping
Keahlian seumur hidup : FREE 
Keahlian Affiliate di JomBorong.Com

Pakej 2 - Semua Haruman
CarSemerbak : 30 botol (7 jenis haruman)
Tester CS : 1 set (7 jenis haruman)
CarSemerbak2.0 : 9 keping (3 jenis haruman)
Tester CS2.0 : 3 keping (semua jenis)
CS Premium : 6 keping (3 jenis haruman)
1 set Bajet
1 set travel
1 pek VC
1 unit VIP
Flyers : 20 keping
Pen Semerbak : 1 Batang
Sticker Semerbak : 1 keping
Keahlian seumur hidup : FREE 
Keahlian Affiliate di JomBorong.Com
Bagi belian stok ulangan, tiada had minima ditetapkan. Agen boleh membuat belian seterusnya dengan harga ahli walaupun cuma 1 item. Program dropship juga disediakan bagi ahli yang berminat. (pihak syarikat akan menguruskan penghantaran produk terus kepada pelanggan anda)

Maklumat lanjut dan pendaftaran, mohon>> KLIK DISINI ->

Hubungi Saya  Zubir 012-5648649

Thursday, November 15, 2012

Kandungan Hilang: Misteri Kembar Ghaib Dalam Kandungan.

Tertarik dengan berita dalam kosmo pada 16 Nov 2012 berkenaan baby kandungan ghaib. Memang misteri kisah ni. Apapun jom kita baca keratan akhbar terbebut.




P/S: Korang ada pengalaman atau cerita berkenaan kes ni, mai kita kongsi bersama.

Wednesday, November 14, 2012

Wangian Kereta Semerbak

Panduan letak wangian kereta semerbak.

cs2

Wangian ini tahan sehingga 40 hari.

dan terdapat 7 wangian terpilih.

>>> KLIK DISINI <<<

Sunday, November 11, 2012

Ibu Berjiwa Kental


Ibu berjiwa kental

KUALA LUMPUR: Tiga wanita ini layak digelar ibu mithali kerana berjiwa kental dalam mengharungi pelbagai dugaan menjaga anak kurang upaya kritikal terlantar (AKUKT).

Ujian mereka sungguh hebat. Nooriani Mat Noh, 38, terpaksa menerima hakikat memiliki anak istimewa selepas kehilangan dua anak pertama; anak Norhayati Mohd Idris, 37, pula menghidap sekurang-kurangnya lima penyaki
t serius, manakala Fatiah Man, 41, kerap tidur malam dalam keadaan duduk sambil memeluk anak istimewanya.

Ketiga-tiga kanak-kanak itu mengalami masalah cerebral palsy (CP), menyebabkan mereka tidak mampu berdikari selain menghidap pelbagai jenis penyakit lain yang memerlukan penjagaan sepenuh masa.

CP atau bahasa mudahnya lumpuh otak adalah satu kategori ketidakupayaan perkembangan apabila bahagian otak tertentu yang mengawal koordinasi dan pergerakan otot dalam badan seseorang mengalami kerosakan.

Ikuti pengalaman tiga wanita tabah ini ketika ditemui Metro Ahad di Pusat Perlindungan dan Jagaan Persatuan Sokongan Ibu dan Anak Kurang Upaya Azwar Kuala Lumpur dan Selangor (Psiaku Azwar) di Taman Batu Muda, Batu Caves, di sini. - myMetro 11 Nov 2012

‘Lidah putus lepas tergigit’

TIDUR duduk dan bersandar di katil sambil memeluk Saidatul Hafidah Azahar yang berusia lima tahun enam bulan menjadi lumrah dalam hidup Fatiah.

Menurutnya, anaknya dilahirkan sihat tetapi ketika berusia setahun enam bulan, tiba-tiba Saidatul Hafidah atau Ifa jatuh pengsan dan nafasnya terhenti 10 minit, mengakibatkan oksigen tidak sampai ke otak, sekali gus menjejaskan perkembangannya.

“Sejak itu, Ifa mengalami CP dan susah tidur. Kalau ikutkan, doktor suruh berikan ubat tidur kepada Ifa setiap malam. Dulu, saya berikan Ifa ubat tidur dan dia lelap pada jam 10 malam dan bangun jam 4 atau 6 pagi.

“Bagaimanapun, disebabkan tak mahu terlalu bergantung kepada ubat tidur kerana bimbang banyak kesan sampingan, saya memberhentikan pengambilan ubat untuk Ifa, cuma diberi ketika keadaan betul-betul memerlukan,” katanya.

Dia memberikan Ifa ubat tidur setiap malam daripada usia kanak-kanak itu setahun enam bulan hingga empat tahun.

“Selepas penggunaan ubat tidur dihentikan, Ifa cuma tidur jam 2 atau 3 pagi setiap hari. Pernah dia tidak tidur tiga hari tiga malam. Akibatnya, saya dan suami (Azhar Jamhari yang berkhidmat sebagai tentera) menjaganya bergilir-gilir.

“Disebabkan tidak cukup tidur, ketika di pejabat saya sering mengantuk dan mengambil peluang untuk tidur seketika. Mujur rakan faham keadaan saya yang perlu menjaga anak istimewa,” katanya yang bekerja sebagai kerani.

Lidah Ifa putus akibat tergigit sendiri ketika kejang akibat sawan sewaktu di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 2008.

Menurutnya, menjaga AKUKT memerlukan kesabaran tinggi kerana selain sukar tidur, Ifa sering sawan tetapi kini penyakit itu makin berkurangan.

“Alhamdulillah, suami boleh terima keadaan anak kami. Dia yang sering memberi kekuatan dan dorongan kepada saya. Kadangkala bila hilang sabar, suami menenangkan saya.

“Bayangkan, daripada anak yang sihat, boleh bercakap dan memanggil saya mama, kini dia hanya terlantar. Dulu dia terpaksa bernafas menerusi leher, tapi saya minta doktor buka tiub berkenaan dan kini Ifa boleh bernafas seperti biasa,” katanya.

Ifa diberi minum susu menggunakan picagari. Sebanyak lapan tin susu diperlukan setiap bulan selain ampin pakai buang, membabitkan kos RM700. - myMetro 11 Nov 2012

Thursday, November 8, 2012

Petua rawat jaundis / kuning baby

Aku nak kongsikan petua utk merawat / mengurangkan jaundis / kuning kepada baby. Petua ni mungkin sesuai untuk anak anda atau mungkin tak sesuai, tapi kita boleh ikhtiar mana tau boleh membantu menurunkan paras bilirubin dalam darah baby tu.

Petua jaundis / kuning ialah bagi anak minum air rendaman buah kurma.

caranya:

- ambil sebiji buah kurma kering (biasa dapat kat pasar, kurma yusoff tayub pun boleh)
- buang biji.
- dan lenyek kan buah kurma tersebut.
- rendam dalam air panas.

- setelah air sejuk boleh ambil air rendaman kurma tadi dan suap pada baby.
- Gunakan sudu utk suap air tu sedikit demi sedikit. Kalau tak nak guna sudu boleh guna botol susu.

- Sambil suap tu boleh la bacakan selawat dan berdoa semoga anak kita cepat sembuh.

- Buat setiap pagi sehingga paras bilirubin anak turun.

- Disamping itu saya ada amalkan juga bagi minum air zam zam kat anak saya.

Petua ni saya dapat dari seorg mak cik semasa pergi klinik utk chek kuning anak. Alhamdulillah dengan petua ni kuning anak saya turun. Sebenarnya ada banyak petua utk turunkan kuning anak tapi bergantung juga dengan kesesuaian anak tu. Kalau sesuai alhamdulillah kalau tak sesuai cuba cara lain.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam menurunkan paras kuning anak anda.



         


Monday, November 5, 2012

Koperasi KMPP dah mula jual wangian kereta.

Mulai 5/11/2012 bermulanya penjualan wangian kereta di koperasi Kmpp. Semoga mendapat sambutan. Jangan lepaskan peluang mengumpul cover 15 keping kertas wangian botol tu dan dapat PERCUMA 1.

utk beli online boleh>>> klik disini. 





Friday, November 2, 2012

Lahirnya insan menambah seri hidup kami

Syukur pada Allah diatas kurniaan Nya anak ketiga kami pada 22/10/2012 jam 5.05 pagi. di hospital sultan abdul halim sungai petani. berat anak ni 3.5kg. besarkan? nama diberi Muhammad Alif Irfan. semoga menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada agama dan bangsa. Amin... 

Thursday, October 18, 2012

Cegah Hamil Muda..

Berita Dalam HARIAN METRO hari ni merisaukan aku, apa akan jadi anak2 bangsa aku pada masa hadapan kalau sekarang dah rosak.

statistik remaja perempuan berumur 16 thn ke bawah hamil & melahirkan anak 2000-2012:
6,820 org
purata 568 org setiap tahun
purata 47 org setiap bulan
mencegah lebih baik drpd mengubati, dlm kes nih takde ubat utk mengubati kehamilan melainkan melahirkan sahaja..

Saturday, September 15, 2012

Lal Baba Mampu Angkat Batu 30 Kilogram Guna ‘Penis’!

Lal Baba dari India adalah orang yang berbadan agak pendek sehingga dia harus berdiri di atas dua batu bata untuk mengangkat batu segi tiga seberat 30Kg beberapa sentimeter dari tanah.
Walau hanya mengangkat beberapa sentimeter tapi tetap saja sangat berbahaya untuk keselamatan zakar.
Geng dukun ini melakukan hal ekstrem untuk menunjukkan secara jelas bahawa mereka mempunyai keyakinan dan kepercayaan agama yang mereka anuti.


Di dalam kekuatan mereka tidak menunjukkan gaya hidup seksual, tetapi mereka percaya yang mereka mampu mengawal dan mencegah nafsu-nafsu seksual, menyimpan tenaga itu sehingga secara mistik boleh diubah menjadi kekuatan fizikal dan spiritual.
Macam-macam hal…. – Informasi Dot My


Tuesday, September 4, 2012

Insiden tunjuk punggung


Polis hari ini menahan seorang pelajar kolej berhubung tindakan beberapa orang peserta semasa sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka pada malam Jumaat lalu.

Lelaki berusia 19 tahun itu difahamkan ditahan di sebuah kolej di Cheras, Kuala Lumpur pada tengahari tadi.
Dalam kejadian pada Jumaat malam lalu, seorang lelaki dilaporkan menunjukkan punggungnya pada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga gambar isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam gambar insiden tersebut yang kini beredar di Internet, seorang lelaki dalam lingkungan usia 20-an, kelihatan melondehkan seluarnya dan turut menunjukkan punggungnya pada gambar Najib, Rosmah serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.
Tindakan menunjukkan punggung tersebut menerima kecaman pelbagai pihak termasuk Umno, PAS dan PERKASA.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata sebelum ditahan, pelajar berusia 19 tahun dari Batu Pahat, Johor itu dibawa oleh ibu dan bapanya untuk bertemu pengurusan kolej berikutan gambar anaknya tersiar di akhbar dan dikaitkan dengan kejadian itu.
    
"Kami difahamkan oleh orang awam bahawa pelajar semester tiga Diploma Multimedia Kreatif itu telah pulang ke kampungnya di Batu Pahat selepas malam kejadian akibat takut dengan perbuatan yang dilakukannya.
    
"Justeru, kami telah memohon kerjasama kolej bagi memujuk pelajar itu untuk kembali ke kolej, dan hari ini beliau telah di bawa oleh ibu bapanya kerana dimaklumkan pihak pengurusan kolej ingin bertemunya tanpa memberitahu polis sedang mencarinya," katanya kepada pemberita selepas menemui pelajar itu di Ibu Pejabat Balai Polis Daerah Dang Wangi.
    
Abdul Jalil berkata dua pelajar lelaki yang juga rakan sekolej suspek yang berada bersamanya di Dataran Merdeka pada malam itu turut tampil menjadi saksi dan memperakui perlakuan yang dilakukan pelajar tersebut.

Ditanya sama ada tindakan pelajar itu dipengaruhi mana-mana parti politik, beliau berkata setakat ini siasatan ke atas insiden berkenaan belum menjurus ke arah itu.
    
"Berdasarkan percakapan awal dengan pelajar yang juga anak bongsu daripada dua adik beradik itu, beliau mengakui hadir ke Dataran Merdeka bagi menyambut malam ambang merdeka," katanya.
    
Abdul Jalil berkata bagi melengkapkan siasatan, polis akan mengunjungi kediaman pelajar itu untuk mencari baju serta pakaian yang dipakainya pada malam kejadian.
    
Dalam perkembangan sama, beliau meminta 10 lagi individu yang dikaitkan dengan insiden memijak dan membawa bendera 'baharu' Malaysia supaya tampil ke mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.
    
"Alamat 10 individu itu telah diketahui, namun ketika dikunjungi, individu berkenaan tidak lagi tinggal di situ," katanya.
   
Sebelum ini, Polis Diaraja Malaysia membentuk tiga pasukan khas untuk menyiasat tindakan peserta perhimpunan itu yang membawa bendera "baru" Malaysia, memijak gambar pemimpin dan menunjuk punggung di khalayak ramai berdasarkan Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 290, 504 dan 509 Kanun Keseksaan.



sumber berita : MalaysiaKini
sumber gambar : Gosip Rakyat

Tuesday, August 28, 2012

Ustaz Don Dah Kahwin??

Mesti ramai mak cik-mak cik dan anak-anak dara kat luar sana menangis sebab ustaz Don Daniyal dah kahwin. Ustaz ni merupakan ustz yang mengendalikan rancangan 30 Minit Bersama Ustaz don di TV Al-Hijrah. memang best rancangan tu.

Kalau tgk majlis kahwin dia biasa-biasa sahaja dan cukup sopan pakaian yg dipakai oleh dua pasangan pengantin ni. Wife ustaz Don nama Husna katanya seorang doktor.

Apa pun semoga jodoh anda berdua kekal keakhir hayat. Bagi mak cik- mak cik yang sedih sebab nak jodohkan anak dia kat utz don, jgn risau.. ustaz don ada 3 lagi kuota kosong hehehehe.. gurau je..

Oppa Gangnam Style

Fenomena lagu korea Oppa Gangnam style melanda dunia pulak. Org lain dok kesah pembunuhan umat islam di myanmar dan syria boleh pulak keluar video lagu korea ni (Saja nak melalaikan org islam kot). Kalau korang tak tau apa itu Oppa gangnam style ni boleh tgk kat youtube. Lagu korea terbaru dari PSY.PSY ni adalah artis korea bukan artis malaysia pun hehehe bukan hensem penyanyi ni, tapi lagu dan video dia nampak lain dan menarik. (bagi aku tgk mcm entah apa2 tergedik2 je).

Video dalam youtube dah mencecah 60 juta penonton dan anggaran 3 juta penonton dalam sehari. Memang gempak, kalau nak cepat glemor buat video merapu macam dia ni hehehe... katanya Gangnam ni nama tempat org kaya-kaya kat korea. sebab tu video dia buat aksi2 org kaya-kaya.

kalau nak layan lagu ni boleh le ronda kat youtube. taib "oppa gangnam style". Dah ramai org tiru video gaya tarian dan lagu oppa gangnam style ni.

Monday, August 27, 2012

Selamat Hari Raya

Sori sebab lama tak online, sibuk dengan urusan kerja dan keluarga. Kita baru je lepas sambut raya. Sempena masih suasana hari raya saya nak ambil kesempatan ini utk mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua rakan-rakan blogger dan jika ada kekasaran bahasa, terlanjur kata, tertinggi suara harap dimaafkan.

Saturday, August 11, 2012

Resepi Maulah Ikan Wadik


1. Ikan sapat.ikan kalik.ikan haruan. di basuh bersih2
2. Dipaja hulo barang dua tiga hari supaya ikan tu kacut.
3. Disanga baras hingga kakuningan dan ditumbuk atawa digiling.jangan terlalu lumat.
4. Ambil guri haloi atawa tuppeware.
5. Dibawah sekali andaki garam kasar awan asam kaping (asam galuggor) imbah tu disusun ikan yg dah di paja tu'tik. taburkan jua baras sanga yg siap ditumbuk tadih. dah siap satu susunan taburkan balik garam, asam,baras sanga.
6. Buat baselang seli.
7. Banyu ikan ba'paja tu djarang dingin akan hanyar di tuang . jangan terlalu banyak banyu nya. sikit haja.

perhatian.
garam kasar awan asam kaping biar banyak. kalo kuarang ikan babau harok. kada harum kina.
selamat mancuba. 

P/S: Ini adalah bahasa org banjar.
Kredit utk RATUDUYUNG Link MYPBM

Tuesday, August 7, 2012

Promosi Raya Carsemerbak


Promosi Wangian Kereta Jenama Carsemerbak kini Cuma RM 10.00 sahaja!!
Terdapat Enam Wangian

  • Lemon
  • Amber
  • Vanilla
  • Pacific Air
  • Green Apple
  • Aqua
Maklumat lanjut hubungi 012-5648649 Saadon

PROMOSI AKAN DITUTUP PADA BILA BILA MASA SAHAJA. CEPAT!!!

Sunday, August 5, 2012

Solat Dhuha

Amalan yg wajib jgn ditinggalkan.

Saturday, August 4, 2012

Promosi Hari Raya 2012 Wangian Kereta Bareng!!



PROMOSI HARI RAYA 2012
WANGIAN KERETA JENAMA CARSEMERBAK BARENG


BELI 3 CUMA RM 40 SAHAJA
(BIASA SATU RM 18 )


SIAPA CEPAT DIA YANG DAPAT
PROMOSI TERHAD SAJA TAU... JANGAN TERLEPAS 


TEMPAHAN ---> KLIK SINI TAU..


Pakej ini mengandungi 3 unit produk BARENG pelbagai jenis haruman


Lemon
Lavender
Strawberi


Isi kandungan 10ml setiap botol
Sesuai dijadikan hadiah dan cenderahati
Penggunaan wangian CS Bareng mampu bertahan sehingga 50 hari. Cara penggunaannya sangat mudah dan berbeza dengan jenama pewangi yang lain yang perlu dilekatkan pada tempat penyaman udara kenderaan. Ia juga tidak perlu letakkan di atas dashboard kenderaan yang kadangkala boleh mengganggu penglihatan dan pemanduan anda, malah meninggalkan kesan pelekat. Dengan pewangi kereta dan hiasan CarSemerbak Bareng, anda hanya perlu menyangkut botol wangian pilihan anda di batang lampu signal atau batang wiper atau gantung di kediaman anda dan tempat pilihan anda dan Bareng mampu mengeluarkan bau yang mampu mewangikan kawasan tersebut.


TEMPAHAN ---> KLIK SINI TAU..

Monday, July 30, 2012

Carsemerbak Hot perfume

Carsemerbak menjadi fenomena baru dalam wangian kenderaan. paling hot masa kini. dengan  isian semula yg lebih jimat dan ekonomik. Dapatkan sekarang dan hubungi saya 019-5993373 (saadon).
Kami juga sedang mencari pengedar dikawasan anda. Jadilah orang pertama yg mengedar wangian kereta istimewa ini ditempat anda.

Pilihlah Hot perfume dari Carsemerbak. " Pakar wangian kereta anda"

Friday, July 20, 2012

Kijang emas Maybank


Pengalaman aku memelihara sekeping kijang emas. Kijang emas ni aku beli pada penghujung 2010 lagi. Beli kat Maybank Butterworth, Penang. (stok sekarang tak tau ada lagi ke tidak?) masa tu harga beli dalam RM1015 utk saiz 1/4 oz. Kini pada tahun 2012 harga dia mencapai RM1269. Org sibuk beli emas aku pun beli juga. Kualiti emas kijang mesti la 999 (24 Karat) hehehe.. percaya sebab dia kelauran Bank Negara Malaysia. Dia ada 3 saiz 1 oz 1/2 oz dan kecik molek 1/4 (kecik-kecik pun mahal ni...tak dak 2k jgn nak gatal beli hehehe) 






Cerita Mak aku dulu masa muda-muda beli buah kalung emas dgn nilai RM600.00 pada tahun mak aku  beli 1958 lebih kurang. Berat aku tak ingat, tapi apa yg aku nak cakap ni, pada tahun 2008 mak aku nak lebur buat gelang. Bawak pergi kedai emas. nak tau berapa harga kedai emas ambik. hehehe.. RM 2300.00 Wahh!! memang berbaloi. tapi mak aku sayang pulak dia tak jadi nak lebur buat gelang terus dia simpan utk pakai je. (jgn ada perompak baca blog aku ni pi rompak mak aku sudah hehehe..)

Barang kemas dulu-dulu memang berat dan berkualiti. cuma barang kemas sekarang ni je nampak kurang berkualiti, kalau tgk pada gelang wife aku pakai tu nampak nipis je tapi harga mahal.

Dengan adanya emas kita boleh guna waktu terdesak, boleh gadai kat Ar-rahnu. Dapat 60% dari nilai emas tu. Sebab tu org dulu-dulu beli emas utk tujuan terdesak bukan utk hiasan je, seperti nak bayar yuran anak sekolah ke, bayar yuran universiti anak ke dan macam-macam lagi.

So jom melabur dalam emas. Kalau yang kurang fahap bab emas ni dlm blog-blog ada banyak yang cerita pasal emas dan cara nak melabur. korang boleh google tajuk-tajuk jutawan emas atau boleh ke link link ni.

http://jutawanemas.com/v1/

http://www.pokli.com/

Wednesday, July 18, 2012

Nota Jutawan Nota Perniagaan - Irfan Khairi


Buku Nota Jutawan Nota Perniagaan oleh Saudara Irfan Khairi ni memang cukup menarik dan padat. pengisian nya seperti buku nota kaki, penuh dengan panduan ringkas utk memulakan perniagaan. InsyaAllah tak rugi beli buku ini. Dapatkan dipasaran sekarang.

Tuesday, July 17, 2012

Masa Untuk Emas - Azizi Ali


Buku Masa untuk emas adalah salah satu koleksi buku yang berkaitan emas yang aku beli sejak tahun 2011. Menarik utk dibaca sebagai pengetahuan berkenaan pelaburan dalam emas. Sejak kebelakangan ini pelaburan emas telah menjadi salah satu cabang pelaburan yang baik serta menguntungkan.
Buku ini ditulis dalam bahasa mudah, memberi petunjuk kepada anda bagaimana membuat keputusan dengan baik dan selamat ketika melabur dalam emas. Diterangkan juga kelebihan dan kekurangan dalam pelaburan emas.

Tajuk: Masa Untuk Emas
Harga: Rm 39.90
Terbitan: Truewealth Sdn. Bhd.
Penulis: Azizi Ali (MBA ChFC)


P/S :  Melabur dalam apapun pelaburan yang ada tetapi mesti dipastikan ia betul-betul selamat dan tidak menyalahi undang-undang negara serta hukum agama.

Thursday, July 12, 2012

Buku Indahnya Hidup Bersyariat



Buku Indahnya Hidup Bersyariat memang sesuai sangat utk mereka yg nak belajar ilmu fardu ain. Lengkap dengan gambar berwarna, tersusun, dan mudah difahami pengajaran step-by-step memudahkan utk yg baru belajar.. Disampaikan oleh Dato Hj. Ismail kamus. Keluaran Telaga Biru. harga memang berpatutan. RM 55.00 sahaja. Kalau ada promosi lagi murah. Setiap rumah mesti ada buku ni.

Saturday, July 7, 2012

Kasut anak abah



Inilah kasut yang perlu anak aku pakai utk membiasakan kaki dia lurus dan tegak semula.
Kasut ni bukan beli tapi dapat dari hospital kerjaan. pakai ni pada waktu malam je, kalau siang jgn harap dia nak pakai. Mengamuk suruh orang buka, rimas agaknya. Buat permulaan je lama-lama dah biasa ok kot.

Sesi Fisioterapi Anak Abah



Pada minggu lepas aku kena bawak anak aku yg nombor dua iaitu Muhammad Najmie pergi buat fisioterapi kat hospital sungai petani. Baik-baik semua ahli fisioterapi kat hospital tu. Tapi anak aku pulak buat perangai tak mau buat fiso asyik nak mengamuk je.

Seperti biasa mereka mengajar kami cara reganggan yg betul pada kaki anak aku ni, sambil diajar cara berjalan. Sebulan sekali kami akan datang lagi buat fisio.

Kalau diikutkan umur anak aku sekarang dah 1 tahun 8 bulan. Kanak-kanak yg sebaya dengan dia dah boleh berlari. Mungkin ini dugaan buat kami sekeluarga. Apa pun abah dan mama akan usaha sedaya upaya membantu anak abah ni supaya boleh berjalan seperti kanak-kanak lain.

Book Rich dad poor dad


Masa pi shopping kat sungai petani tempoh hari aku singgah satu kedai buku, dalam fikiran nak beli buku untuk anak sambil-sambil tu terjumpa buku ni. tajuk dia Rich Dad Poor Dad, tulisan Robert T. Kiyosaki. Asal buku ni dalam bahasa inggeris dan dah lama pun keluar. Tapi yg aku jumpa ni ialah versi Bahasa Melayu. Apa lagi aku terus beli.

Pandangan aku buku ni memang menarik utk kita pelajari dalam kewangan peribadi kita. kemana aliran duit kita,kesilapan kita membina liabiliti yg kita sangka ia adalah aset utama dalam kewangan kita. klau nak tau apa itu liabiliti dan aset kena dapatkan buku ni hehehe.. memang menarik dan berbaloi kalau beli.

Harga: Rm21.00
Jumlah Muka Surat: 232
Kategori: Bantu diri, bisnes dan pengurusan, kewangan.
Terbitan: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Petikan dari buku tersebut:

" Kita menghabiskan masa bertahun-tahun di sekolah, tetapi tidak belajar apa-apa berkenaan wang. Inilah sebab utama kenapa kita menghadapi masalah kewangan. Akibatnya, kita hanya belajar cara bekerja untuk wang, bukannya belajar cara menjadikan wang bekerja untuk kita". (Robert T. Kiyosaki)






Thursday, June 14, 2012

Kempen Jom Solat Berjemaah Di Masjid / Surau.


Jom anak-anak muda kita gegarkan kempen solat jemaah beramai-ramai di masjid.
27 kali ganda pahala dari sembahyang sendirian.


Penyakit Jantung

Tahukah anda ?

Pembunuh no. 1 negara ialah penyakit jantung.
Antara 20 dari 1000 penduduk negara mengalami sakit jantung.
Dijangkakan 660,000 akan menderita menjelang tahun 2020.
Mereka yg berusia 65 tahun ke atas lebih berisiko.


Thursday, June 7, 2012

Wangian Kereta Paling Hot!!!

Pati haruman kereta paling Hot. Ia didatangkan di dalam 7ml dan botol yg comel dan cantik. Penggunaan wangian CarSemerbak mampu bertahan sehingga 40 hari.

Cara penggunaannya sangat mudah dan berbeza dengan jenama pewangi kereta yang lain dimana perlu dilekatkan pada tempat penyaman udara kereta atau diletakkan di atas dashboard yang akan meninggalkan kesan pelekat. 

Dengan pewangi kereta CarSemerbak, anda hanya perlu menyangkut botol wangian anda di batang lampu signal atau batang wiper dan masih mampu mengeluarkan bau yang harum dan kuat.



Awas! barang tiruan. Dapatkan yang ori hanya dengan CarSemerbak.

Boleh beli online >>> KLIK DISINI <<<




Tuesday, May 8, 2012

Tips Meransang Otak Bayi Anda


Sesapa yang ade anak kecik buley la buat cara ni utk merangsang otak bayi.aku pon klu tak letih aku buat juga..klu letih aku suh bini aku yg buat..hehe

50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.


1. BERTENTANG MATA.
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adlah yang paling penting. Setiap kali dia
merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2. BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA.
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3. JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN.
Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi Iqnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

4. JELIRKAN LIDAH.
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5. HASILKAN BUKU BINATANG.
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, ‘bacalah’ buku itu bersama-sma sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6. GELETEKLAH BAYI ANDA.
Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7. TUNJUKKAN PERBEZAAN.
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dam pembacaan apabila dia besar kelak.

8. BERKONGSI PANDANGAN. Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu” atau “Besarkan pokok ni!” atau “ Dengar tak bunyi bomba tu?” – untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9. NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA. Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin….”). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10. GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA.
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11. SENTUH DAN RASA.
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12. PERGI MEMBELI-BELAH.
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13. BERI KATA KUNCI.
Jika anda berkata “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14. BERI KEJUTAN.
Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15. SEDIAKAN BANYAK TISU.
Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16. BACA BUKU.
Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan – ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17. MAIN CAK-CAK.
Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18. JANGAN LUPA REHAT. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19. MAIN DENGAN WARNA.
Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya

20. BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA. Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21. ANGKATKAN SAHAJA.
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22. BIAR DIA MEMBEBEL.
Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23. LATIHAN MENEKA.
Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24. BINA LALUAN HALANGAN.
Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atu permainan dia tas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25. IKUT RENTAKNYA.
Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26. BUAT MUKA LAWAK.
Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27. RASA SEKELILING ANDA.
Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me’label’ barangan tersebut.

28. CERITAKAN KISAH DONGENG.
Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29. BAYANGAN WAJAH.
Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi “yang lagi satu” senyum dan melambai padanya.

30. (KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS.
Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira – dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31. GOYANGKAN BADAN. Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina. Boleh juga menggoyangkan badannya dengan berzikir contohnya LAILAHAILALLAH..LAILAHILALLAH .

32. JADILAH TAMAN PERMAINAN.
Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33. KIRA SEMUANYA.
Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34. GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA.
Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan Tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak (“adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?”) sehinggalah ke soalan konkrit (“Pernah tak adik nampak kucing putih?”)

35. TUTUP TV.
Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan drngan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya

36. TUKAR PEMANDANGAN.
Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37. MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA.
Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dlam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar – dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .

38. RAKAM VIDEO UNTUKNYA.
Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39. MAIN HUJAN.
Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40. MENANGKAP SERANGGA.
Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41. BERGURAU-SENDA.
Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakana “Ini Ibu.” Kemudian akui ke*****an anda dan ketawakan ‘gurauan’ anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42. MAIN DENGAN PAKAIAN.
Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43. AJAR TENTANG ISIPADU.
Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44. HASILKAN ALBUM KELUARGA.
Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45. SURUH ANAK MEMBUAT KERJA.
Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46. PERGI KE PERPUSTAKAAN.
Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47. CONTOHI CARA SESAME STREET.
Khaskan satu minggu untuk satu abjad. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48. MAIN BERULANG-ULANG.
Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49. MAIN “TIRU-MENIRU”.
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50. BERCAKAP TENTANG PERASAAN.
Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Thursday, May 3, 2012

Rawatan serangga charlie, kumbang charlie kumbang rove

Angkara Serangga Charlie.




Muka anak aku kena serangan serangga charlie atau nama sainsnya Paederus fuscipes. Org kedah panggil Semut wahid. (Serangga ni banyak kat negeri kedah dan utara)
bahaya serangga ni ialah pada cecair yg keluar pada badannya.
cecair itu mengandungi toksin. Kalau kita sentuh serangga ni dan keluar cecairnya terkena pada kulit, kulit kita akan menjadi bengkak dan berair seperti kayap.

Serangga ini hidup dikawasan sawah, sebab tu kat sebelah utara banyak jadi kes-kes macam ni.

- Cara Rawatan -
Cara yg aku buat utk merawatnya ialah dgn sapu jeli gamat pada tempat yg kena. InsyaAllah luka yg kena charlie tu akan cepat kering dan tiada parut.


Bukan nak promosi tapi pengalaman aku Luxor jeli gamat ni memang berkesan utk rawatan kulit yg terkena serangga atau kumbang charlie. InsyaAllah. Aku beli kat farmasi jer. kalau jeli gamat yg lain tu lambat kering. Cubalah..


Thursday, April 5, 2012

Peminat setia boboiboy


Fenomena kartun tempatan terbaru boboiboy.
Tercegat depan tv nak tengok kartun boboiboy. 

Thursday, March 15, 2012

Resepi Udang Goreng Kunyit

Salam sejahtera semua.

Kali ni aku nak kongsi resepi udang goreng kunyit. Mudah dan cepat utk disediakan dan yg penting sedapp... So jom kita ke dapur..



Bahan-Bahan

15 ekor udang sederhana besar
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
3 tangkai cili kering atau cili hidup
1/2 sudu kunyit
minyak untuk menumis
sedikit garam.

Cara caranya

Gaulkan udang bersama kunyit dan garam.
Potong bawang besar dan bawang putih, cili kering digunting (boleh tukar cili hidup.)
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumis bawang putih, bawang besar yg dipotong tadi
masukan cili kering
bila dah naik bau bawang tadi boleh dimasukan udang yg digaulkan dgn kunyit dan garam tadi.
tunggu sehingga udang tadi masak dan boleh dihidangkan.

Inilah bahan-bahannya

 Udang yg digaul dgn garam dan kunyit

Dah siap utk dihidang. 
Selalunya udang masak kunyit ni kering, saja aku tambah air biar ada kuah sikit heheheh...

p/s: Kalau nk nampak menarik boleh tabur daun bawang kat atasnya.

Catatan:
Boleh tambah sayur seperti bunga kobis atau kentang.


selamat mencuba...

Wednesday, February 8, 2012

Sibuk dengan tugas harian

Amboi sibuk benar aku hari ni. sampai tak sempat makan tengahari. Nasib baik ada kawan baik hati belikan makanan untuk aku.

Terima kasih kawan.


Lepas ni sambung balik kerja huhuhu...




Semak betul opis aku, ada org kata yg ni kira ok lagi ada yg lagi semak siap fail bertimbun-timbun sampai tak nampak rupa opis dah.

Monday, February 6, 2012

Saling klik-klik iklan blog rakan-rakan


Setiap kali saya melawat blog rakan-rakan mesti saya akan klik juga iklan-iklan yg ada di blog mereka.
Bukan apa sebagai tanda terima kasih kerana menjadi follower blog saya ni. Apa salahnya jika anda yg melawat blog saya ini sambil membaca entri-entri yg ada ni sambil-sambil klik iklan dalam ni.

So kepada rakan-rakan yang nak saya klik iklan blog korang jadilah follower blog aku iaitu teratak5.blogspot.com

sama-sama dapat sama-sama merasa..
Daisypath Anniversary tickers