Monday, April 25, 2011

Wangian Kereta Jenama Carsemerbak




Salah satu keluaran terbaru produk Semerbak iaitu CarSemerbak.
Mempunyai isipadu 5ml dan 7ml untuk setiap botol.
Jenis harumannya pula lebih kepada bunga-bungaan dan alam semula jadi.

Cara penggunaannya :
1. Buka penutup luar (kayu)
2. Buangkan penutup kedua (didalam-plastik)
3. Tutup semula penutup kayu
4. Tonggengkan (terbalikkan) botol dan goncang-goncang
5. Gantungkan pada cermin pandang belakang kenderaan anda atau letak mana-mana tempat yang sesuai.
6. Selepas 5 minit, Start your Engine! dan pasang aircond…
7. Emmmm… nikmati bau kesegarannya…! (wangian akan meresap pada kayu dan mengeluarkan bau yang betul-betul Semerbak!)

Berminat? KLIK di bawah & anda berpeluang mendapatkan sampel PERCUMA sementara stok masih ada

Saturday, April 23, 2011

Manisan Stevia pengganti manisan tebu

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni nak bercerita tentang satu jenis tumbuhan yg boleh menggantikan gula tebu iaitu Stavia atau nama saintifik Stevia rebaudiana

Ini adalah info berkenaan tumbuhan Stevia yg di copy daripada melur.com.

Nama Tempatan:Stevia
Nama Saintifik:stevia rebaudiana
Nama Lain:Teh manis,sweet leaf of Paraguay, caa-he-éé, kaa jheéé, ca-a-jhei, ca-a-yupi, azucacaa, eira-caa, sinonim: Eupatorium rebaudianum capim doce, erva doce, sweet-herb, honey yerba, honeyleaf, yaa waan, candy leaf, sugarleaf
Famili:Astereacea
Lokasi dijumpai:Tumbuhan di Melur
Asal:Paraguay

keterangan:

Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spacis herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea).Ia merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika selatan dan Amerika tengah.Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dari spesis rebaudiana.

Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut.Untuk menanamnya , medium yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram.Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air.Daunnya berbentuk bujur .Batanya halus dan bergerutu.Dalam keadaan optimun stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih.Ia mengeluarkan bunga kecil berwara putih.Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya kecil.Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang.Pembiakannya selalunya menggunakan keratan batang.Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar.Walaupun ia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.

stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di brazil dan paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi.Ia mula digunakan oleh kaum red Indian Guarani di paraguay sejak 1500 tahun yang silam. Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh yerba mereka.Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka.Mereka juga menggunakan stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.

kegunaan:

kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke asia.Walaubagaimana kajian terhadap stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh yerba yang kelat.Ia mula dikaji oleh seorang ahli botani Paraguay bernama Moises S. Bertoni yang kemudiannya menulis antara artikel-artikel awal mengenai stevia pada awal kurun ke 19.

Ciri paling unik mengenai stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori.Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap stevia. Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak toksid.Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel, ia juga tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan.Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan stevia.Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.

Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus.Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000.Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari.Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan , tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun.Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi. Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam stevia.Mereka juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid, steviol, isosteviol dan glukosilsteviol.steviol didapati tidak menghasilkan glukos. pada tahun 2000 juga, Para pengkaji di Denmark telah menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta.Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.

Stevia juga digunakan sebagai tonik untuk jantung.Ia berfungsi dengan cara menstabilkan tekanan darah, ia juga menstabilkan degupan jantung.Kajian tentang ini telah dilakukan pada tahun 1978 terhadap tikus.

Kini, berjuta-juta pengguna di Brazil dan jepun telah menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semulajadi.Ia telah diluluskan sebagai perisa makanan selama hampir 20 tahun.Jepun merupakan pengguna yang paling besar didunia dan stevia digunakan untuk memaniskan hampr kesemua produk makanan termasuk jeruk, minuman ringan dan coklat.Syarikat besar seperto coca cola juga menggunakan ekstrak stevia sebagai gantian kepada NutaSweet dan sakarin untuk produk mereka yang dipasarkan di jepun, brazil dannegara-negara lain dimana stevia merupakan pemanis yang diluluskan.

Walaubagaimanapun Di As , stevia merupakan bahan larangan yang tidak boleh digunakan terhadap produk makanan.Ini mungkin kerana monopoli pengeluar pemanis tanpa kalori sintetik yang terdapat di sana.

Antara ciri-ciri stevia ialah:

1.pemanis semulajadi
2.menurunkan kadar gula dalam darah.
3.Melawaskan kencing
4.Menurunkan tekanan darah.
5.membunuh bakteria
6.membunuh kulat
7.membunuh virus
8.Mengurangkan keradangan
9.Alat bantu untuk menurunkan berat badan.

Dos yang biasa digunakan dan dicadangkan untuk penggunaan stevia ini 1/4 sudu makan daunnya yang telah dihancurkan digunakan untuk menggantikan 1 sudu makan gula biasa.

Monday, April 11, 2011

Tambah Syer Saham Bank Rakyat

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) telah diberikan kebenaran oleh Bank Negara Malaysia pada bulan lepas untuk menambahkan modal syernya sebanyak satu bilion lagi kepada tiga bilion.

Keutamaan untuk melanggan syer-syer baru adalah kepada koperasi-koperasi dan juga ahli-ahli Bank Rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Bank Rakyat.

Beliau menjangkakan perkara seperti pengagihan kepada yang berminat melanggan syer tersebut akan dapat diputuskan oleh Lembaga Pengarah Bank Rakyat pada Mei.

Beliau berkata senarai menunggu untuk melanggan syer tersebut, adalah panjang dan nilai permintaan melebihi RM1 bilion, sambil menjelaskan bukan ahli mewakili 40 peratus dari yang berada dalam senarai menunggu itu.

Apa yang jelas, menurut beliau, ialah tidak semestinya semua yang memohon akan mendapat syer dan tidak semestinya yang dapat syer akan mendapat dalam jumlah yang mereka pohon.

Beliau berkata permintaan untuk syer Bank Rakyat adalah kerana prestasinya yang memberansangkan, di mana ia telah berjaya mengekalkan pembayaran dividen tahunan sebanyak 15 peratus sejak 1999.

Terdahulu, semasa berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan Bank Rakyat, beliau mengingatkan Bank rakyat supaya tidak lupa tentang sumbangan Kerajaan yang pernah memberikan suntikan dana apabila Bank Rakyat hampir muflis satu ketika dahulu.

Katanya deposit lebih RM30 bilion dalam Bank Rakyat sekarang datang dari Kerajaan, agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan.

Sementara itu, Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Dr Syed Jalaludin Syed Salim berkata Bank Rakyat merancang membuka tujuh lagi rangkaian Ar-Rahnu X'Change dan menyeru koperasi-koperasi mengambil peluang membangunkan perniagaan pajak gadai Islam itu bersama Bank Rakyat.

Ini selaras dengan sasaran pengeluaran pinjaman melalui rangkaian tersebut kepada RM200 juta dalam tahun ini, kata Dr Syed Jalaludin.

Setakat ini, katanya Bank Rakyat telah berkongsi kepakaran menerusi perniagaan francais Ar-Rahnu X'Change dengan 17 koperasi yang mencatatkan pengeluaran pinjaman RM121.702 juta hingga Disember 2010.

Mengenai sokongan Bank Rakyat kepada koperasi, beliau berkata sehingga akhir bulan Februari tahun ini, Bank Rakyat telah menyalurkan pinjaman RM1.027 bilion kepada koperasi iaitu sebanyak RM943.48 juta dalam bentuk modal kerja, RM57.62 juta untuk perniagaan Ar-Rahnu, dan selebihnya untuk membeli hartanah, pembinaan dan pengangkutan.

-- BERNAMA

Bank Rakyat Catat Peningkatan 10.8 Peratus Keuntungan Sebelum Cukai

Bank Rakyat Catat Peningkatan 10.8 Peratus Keuntungan Sebelum Cukai

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd telah mencatatkan peningkatan 10.8 peratus dalam keuntungan sebelum cukai RM1.72 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2010 daripada RM1.55 bilion pada tahun sebelumnya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan keputusan kewangan bank itu di sidang media di sini Khamis.

Beliau berkata keuntungan itu dicapai hasil peningkatan berterusan pendapatan, pengurusan kos yang efisien dan kualiti aset yang tinggi sementara mengekalkan amalan perbankan berhemat.

Pendapatan kasar Bank Rakyat naik 24.3 peratus kepada RM4.70 bilion daripada RM3.78 bilion sementara pendapatan bersih selepas pengagihan keuntungan kepada pendeposit meningkat 16.7 peratus kepada RM3.05 bilion daripada RM2.61 bilion sebelum ini.

Ia mengisytiharkan dividen 15 peratus bernilai RM294.9 juta.

Pengarah urusan Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata pertumbuhan perolehan Bank Rakyat bagi tahun kewangan sekarang diramalkan pada 10 peratus.

"Peningkatan itu akan menjadi lebih perlahan kerana kami tidak mengembang terlalu banyak dalam perbankan runcit terutamanya dalam pembiayaan peribadi berbanding tahun lepas.

"Sasaran 10 peratus adalah mencukupi untuk pertumbuhan dan keuntungan yang stabil," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata untuk tahun ini, Bank Rakyat menyasarkan peningkatan yang lebih tinggi dalam pendapatan berasaskan yuran dan menumpukan kepada perniagaan perbankan teras dan pengurusan harta ke arah sasaran pertumbuhan itu.

Pendapatan berasaskan yuran bank itu naik 13 peratus tahun lepas kepada RM92.3 juta, di mana 89.6 peratus daripadanya disumbangkan oleh pendapatan daripata penulisan wasiat, komisyen dari Takaful dan yuran perkhidmatan ATM.

Pendapatan daripada pembiayaan meningkat kepada RM4.04 bilion daripada RM3.40 bilion sebelum ini, di mana 92 peratus adalah daripada perbankan pelanggan.

Kamaruzaman berkata bank itu akan membuka lapan lagi cawangan tahun ini, menambah kepada 127 yang ada, dengan jumlah pelaburan mencecah RM8 juta.

"Akan terdapat tiga cawangan masing-masing di Sabah (Samporna, Putatan dan Kota Marudu) dan Sarawak (Limbang, Kapit dan Serian) dan setiap satu di Bentong, Pahang dan Kerteh, Terengganu.

"Kami akan mempunyai empat cawangan menjelang pertengahan tahun. Kira-kira RM1 juta akan dilaburkan untuk setiap cawangan," katanya.

-- BERNAMA

Tambah Pelaburan Saham Di Bank Rakyat



Alhamdulillah, pagi ni sempat pergi Bank Rakyat utk tambah pelaburan saham Bank Rakyat. Aku org pertama masuk bank tu. memang ramai yg menunggu.
Walaupun diberi cuma limit RM500 seorang kira ok le. Katanya pulangan dividen di BR 15% pada tahun 2010.


Monday, April 4, 2011

Sedutan Video Seks DSAI

Macam preview filem pulak. Semalam preview video seks DSAI.. Lepas ni ada pulak yg buat the making of video seks DSAI. Bodoh..

Video Seks VTS 01 1 Tersebar..

Sedutan rakaman seks selama 1 minit 47 saat itu yang membabitkan pemimpin pembangkang sudah tersebar di laman youtube dan internet. Video ini dimuat naik oleh thepowerman pada 4 April 2011.


P/S: Kenapa bahan bukti ini boleh tersebar? Masih dalam siasatan macam mana boleh terlepas di internet? Siapa sebenarnya thepowerman? Tiada tindakan ke kepada mereka yg telah memuat naik video ini? Ini lah persoalan yg bermain difikiran aku. (Politik)

Sunday, April 3, 2011

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

Pengacara Radio Popular
Faizal Ismail

Pelakon Komedi Wanita Popular
Noorkhiriah

Penyanyi Nasyid Popular
Rabbani

Pengacara TV Popular
Aznil Nawawi (Pak Nail)

Artis Baru Lelaki Popular
Shahir (AF)

Penyampai Radio Wanita Popular
Farah Fauzana (Hot Fm)

Pelakon Tv Lelaki Popular
Remy Ishak

Pengacara Tv Popular
Fara Fauzana

Artis Komedi lelaki Popular
Zizan (Raja Lawak)

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Dato' Rosnani Jamil (Mak Nani)

Penyanyi Lelaki Popular
Faizal Tahir

Pelakon Filem Wanita Popular
Lisa Surihani

Anugerah Artis Mobile Popular
Kumpulan 6ixth sense

Artis Baru Wanita Popular
Ana Raffali

Pelakon Filem Lelaki Popular
Shaheizy Sam

Penyanyi Wanita Popular
Yuna

Bintang Paling Popular 2010
Shaheizy Sam
Daisypath Anniversary tickers