Saturday, July 7, 2012

Kasut anak abah



Inilah kasut yang perlu anak aku pakai utk membiasakan kaki dia lurus dan tegak semula.
Kasut ni bukan beli tapi dapat dari hospital kerjaan. pakai ni pada waktu malam je, kalau siang jgn harap dia nak pakai. Mengamuk suruh orang buka, rimas agaknya. Buat permulaan je lama-lama dah biasa ok kot.

3 comments:

  1. Maaf tuan mencelah.saya saja google berkenaan fisio terapi anak,saya jumpa blog tuan. Anak tuan ada sakit apa-apa ke? Anak saya pun keep on fisio, mungkin kt boleh bkongsi info. Mudahan anak tuan akan mudah dan dapat berjalan macam kanak-kanak seusia mereka.ameennn

    ReplyDelete
  2. Anak saya ni nama dia Muhammad Najmie, Utk pengetahuan Hayati anak saya ni lahir normal tapi telah mengalami pelbagai cabaran sejak dlm kandungan, masa dlm kandungan 4 bulan wife saya ada mengalami kemalangan kereta, semasa lahir pula anak saya mengalami kuning yg tinggi. sampai kena tahan hospital mujur tak tukar darah cuma letak lampu biru je. Masa umur 9 bulan dia mengalami demam yg tinggi sampai kena tarik sawan. Pada umur 1 tahun iaitu awal tahun 2012 kami perasan yg najmie ni masih tak pandai nk berjalan kaki asyik jengket tak mau nak pijak dgn elok, merangkak dia memang boleh dan laju pulak tu cuma xmahu berjalan. kami bawa jumpa pakar kanak2, mereka cadang bawa pergi imbasan MRI nk tgk otak Najmie mungkin ada lemas semasa dlm kandungan. Hasil MRI tiada masalah. jd mereka cadang buat fisio terapi je. Tiap2 bulan kami kena bawa najmie pergi fisio kat hospital sg. petani. Alhamdullillah nampak perkembangan baik, Najmie dah boleh berdiri cuma dia masih suka jengket kan kaki dia. itu sebab doktor bagi pakaikan kasut mcm dlm pic kat atas tu. Sambil2 tu kami juga ada buat rawatan cara kampung berurut. Begitulah ceritanya.

    ReplyDelete
  3. kasut tu doktor panggil splint kalau xsilap saya.

    ReplyDelete