Thursday, November 8, 2012

Petua rawat jaundis / kuning baby

Aku nak kongsikan petua utk merawat / mengurangkan jaundis / kuning kepada baby. Petua ni mungkin sesuai untuk anak anda atau mungkin tak sesuai, tapi kita boleh ikhtiar mana tau boleh membantu menurunkan paras bilirubin dalam darah baby tu.

Petua jaundis / kuning ialah bagi anak minum air rendaman buah kurma.

caranya:

- ambil sebiji buah kurma kering (biasa dapat kat pasar, kurma yusoff tayub pun boleh)
- buang biji.
- dan lenyek kan buah kurma tersebut.
- rendam dalam air panas.

- setelah air sejuk boleh ambil air rendaman kurma tadi dan suap pada baby.
- Gunakan sudu utk suap air tu sedikit demi sedikit. Kalau tak nak guna sudu boleh guna botol susu.

- Sambil suap tu boleh la bacakan selawat dan berdoa semoga anak kita cepat sembuh.

- Buat setiap pagi sehingga paras bilirubin anak turun.

- Disamping itu saya ada amalkan juga bagi minum air zam zam kat anak saya.

Petua ni saya dapat dari seorg mak cik semasa pergi klinik utk chek kuning anak. Alhamdulillah dengan petua ni kuning anak saya turun. Sebenarnya ada banyak petua utk turunkan kuning anak tapi bergantung juga dengan kesesuaian anak tu. Kalau sesuai alhamdulillah kalau tak sesuai cuba cara lain.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam menurunkan paras kuning anak anda.



         


No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers