Wednesday, December 26, 2012

Khidmat Pembantu Rumah Bogel


JOHANNESBURG: Pembantu rumah yang berbogel ketika bekerja dan tukang paip yang bukan setakat buang kekotoran yang melekat di paip, tetapi “membuang” bajunya juga.
Inilah perkhidmatan yang diberi oleh sebuah syarikat di Afrika Selatan.
Natural Cleaning Co., yang mendakwa satu-satunya syarikat “menawarkan semua perkhidmatan secara berbogel di dunia,” ditubuhkan sebulan lalu oleh Jean-Paul Reid, setelah mengalami masalah untuk mendapat pekerjaan sebagai akauntan di negara yang mempunyai 23.9 peratus kadar pengangguran.

Syarikat itu menawarkan khidmat pembersihan rumah, perakaunan, undang-undang dan kerja-kerja tukang untuk wanita, dengan satu syarat - staf akan tiba sama ada separuh bogel atau berbogel, bergantung kepada permintaan pelanggan.
Reid, 29, berkata, “Khidmat pembersihan paling popular diikuti oleh khidmat tukang untuk wanita.”
Katanya, buat masa ini, dia menerima seorang pelanggan sehari, dan biasanya dikalangan lelaki pertengahan umur dan berkulit putih.

Semua pekerjanya bekerja secara separuh masa dengannya dan mempunyai pekerjaan lain seperti model, pelatih peribadi dan pelajar di bidang undang-undang dan perakaunan.

Perkhidmatan yang diberikan adalah “hiburan semata-mata” dan menurut Reid, “Kami tidak menawarkan khidmat pelacuran.”

Laman syarikat itu, naturalcleaning.wozaonline.co.za memaparkan gambar lelaki sasa tanpa baju memegang pembersih hampagas dan gambar wanita sedang menggosok tanpa memakai pakaian kecuali sepasang stokin, seorang tukang masak meletakkan mangkuk salad dan pelbagai perkhidmatan berbogel yang lain.

Harga perkhidmatan itu antara 175 rand (RM69) satu jam untuk perkhidmatan “separuh berbogel” hingga ke 450 rand (RM179) untuk seorang profesional seperti peguam, akauntan dan tukang paip. - AFP

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers