Saturday, August 27, 2011

Gambar Kenangan Raya dulu-dulu


Ini gambar kenangan raya aku masa muda remaja. Ambil gambar atas moto abg aku ni, masa ni umur aku baru masuk 16 tahun. Yg sebelah tu sepupu aku. Azmi namanya.

------------------------

Korang ada gambar raya zaman korang remaja atau kanak-kanak tak?

Jom kongsi bersama saya.

Caranya:

Copy Tajuk ini: Gambar kenangan raya dulu-dulu
Buat entri korang guna tajuk tu.
letak gambar kenangan raya korang (berapa keping pun tak pa)
Cerita sikit pasal gambar tu
dan copy url post korang dan letakkan kat komen bawah ni.

Seorang pemenang Yg Bertuah akan saya bagi free top up RM10.
Game ni akan tamat pada 29 Sept 2011 jam 11.00 malam.

Harap ada yg mahu berkongsi.

Thursday, August 25, 2011

Bulan Ramadan yg akan meninggalkan kita


Bulan Ramadan hampir meninggalkan kita semoga Allah panjangkan umur kita dan dpt bertemu lagi pada tahun hadapan.

Sengaja aku letakkan gambar makanan kat atas tu. Bulan ramadan bukan bulan utk kita berpesta makanan. Yg penting pengisian amal ibadah kita di bulan yg mulia dan penuh berkat ini. Sesungguhnya segala amalan kita pada bulan ramadan ini mendapat ganjaran berlipat kali ganda. Amat rugilah kepada mereka yg lalai dan tidak mengambil peluang utk kita menambah pahala kita utk dibawa ke akhirat.

Aku bukan ustaz utk bercakap berkenaan agama tapi cuba utk menyampaikan sesuatu yg bermakna utk semua.

Semoga kita dpt berkongsi.


Tuesday, August 9, 2011

Kerja dapat Bonus




Sempena Aidilfitri yg nak mai ni PM kita telah mengumukan bonus kepada kakitangan awam kerana dapat bonus 1/2 bulan gaji. Bonus ni akan diberikan pada pertengahan bulan ogos ni.

Kalau cerita bab bonus ni memang best, kalau kakitangan kerajaan dapat bonus macam mana dgn kakitangan swasta? mesti dapat bonus juga kan? Mungkin dapat 1 bulan gaji atau yg kompeni kaya-kaya tu ada yg bagi sampai 4 - 5 bulan gaji.

Memang sesuai sangat la nak raya ni dapat bonus, boleh beli kelengkapan utk raya terutama yg dah berkuarga. Cuma satu je jgn lupa juga bagi sedekah kepada org-org susah diluar sana. Dgn bersedekah akan membersihkan rezeki kita. Nak raya ni zakat fitrah pun jgn dilupa. dok seronok shopping raya mugkin ada yg lupa nak bayar zakat fitrah.

Wednesday, August 3, 2011

Bulan yang penuh rahmat dan berkat.

Bulan untuk kita tingkatkan ibadat.

Salam Ramadan kepada semua.
Daisypath Anniversary tickers