Monday, July 30, 2012

Carsemerbak Hot perfume

Carsemerbak menjadi fenomena baru dalam wangian kenderaan. paling hot masa kini. dengan  isian semula yg lebih jimat dan ekonomik. Dapatkan sekarang dan hubungi saya 019-5993373 (saadon).
Kami juga sedang mencari pengedar dikawasan anda. Jadilah orang pertama yg mengedar wangian kereta istimewa ini ditempat anda.

Pilihlah Hot perfume dari Carsemerbak. " Pakar wangian kereta anda"

Friday, July 20, 2012

Kijang emas Maybank


Pengalaman aku memelihara sekeping kijang emas. Kijang emas ni aku beli pada penghujung 2010 lagi. Beli kat Maybank Butterworth, Penang. (stok sekarang tak tau ada lagi ke tidak?) masa tu harga beli dalam RM1015 utk saiz 1/4 oz. Kini pada tahun 2012 harga dia mencapai RM1269. Org sibuk beli emas aku pun beli juga. Kualiti emas kijang mesti la 999 (24 Karat) hehehe.. percaya sebab dia kelauran Bank Negara Malaysia. Dia ada 3 saiz 1 oz 1/2 oz dan kecik molek 1/4 (kecik-kecik pun mahal ni...tak dak 2k jgn nak gatal beli hehehe) 






Cerita Mak aku dulu masa muda-muda beli buah kalung emas dgn nilai RM600.00 pada tahun mak aku  beli 1958 lebih kurang. Berat aku tak ingat, tapi apa yg aku nak cakap ni, pada tahun 2008 mak aku nak lebur buat gelang. Bawak pergi kedai emas. nak tau berapa harga kedai emas ambik. hehehe.. RM 2300.00 Wahh!! memang berbaloi. tapi mak aku sayang pulak dia tak jadi nak lebur buat gelang terus dia simpan utk pakai je. (jgn ada perompak baca blog aku ni pi rompak mak aku sudah hehehe..)

Barang kemas dulu-dulu memang berat dan berkualiti. cuma barang kemas sekarang ni je nampak kurang berkualiti, kalau tgk pada gelang wife aku pakai tu nampak nipis je tapi harga mahal.

Dengan adanya emas kita boleh guna waktu terdesak, boleh gadai kat Ar-rahnu. Dapat 60% dari nilai emas tu. Sebab tu org dulu-dulu beli emas utk tujuan terdesak bukan utk hiasan je, seperti nak bayar yuran anak sekolah ke, bayar yuran universiti anak ke dan macam-macam lagi.

So jom melabur dalam emas. Kalau yang kurang fahap bab emas ni dlm blog-blog ada banyak yang cerita pasal emas dan cara nak melabur. korang boleh google tajuk-tajuk jutawan emas atau boleh ke link link ni.

http://jutawanemas.com/v1/

http://www.pokli.com/

Wednesday, July 18, 2012

Nota Jutawan Nota Perniagaan - Irfan Khairi


Buku Nota Jutawan Nota Perniagaan oleh Saudara Irfan Khairi ni memang cukup menarik dan padat. pengisian nya seperti buku nota kaki, penuh dengan panduan ringkas utk memulakan perniagaan. InsyaAllah tak rugi beli buku ini. Dapatkan dipasaran sekarang.

Tuesday, July 17, 2012

Masa Untuk Emas - Azizi Ali


Buku Masa untuk emas adalah salah satu koleksi buku yang berkaitan emas yang aku beli sejak tahun 2011. Menarik utk dibaca sebagai pengetahuan berkenaan pelaburan dalam emas. Sejak kebelakangan ini pelaburan emas telah menjadi salah satu cabang pelaburan yang baik serta menguntungkan.
Buku ini ditulis dalam bahasa mudah, memberi petunjuk kepada anda bagaimana membuat keputusan dengan baik dan selamat ketika melabur dalam emas. Diterangkan juga kelebihan dan kekurangan dalam pelaburan emas.

Tajuk: Masa Untuk Emas
Harga: Rm 39.90
Terbitan: Truewealth Sdn. Bhd.
Penulis: Azizi Ali (MBA ChFC)


P/S :  Melabur dalam apapun pelaburan yang ada tetapi mesti dipastikan ia betul-betul selamat dan tidak menyalahi undang-undang negara serta hukum agama.

Thursday, July 12, 2012

Buku Indahnya Hidup Bersyariat



Buku Indahnya Hidup Bersyariat memang sesuai sangat utk mereka yg nak belajar ilmu fardu ain. Lengkap dengan gambar berwarna, tersusun, dan mudah difahami pengajaran step-by-step memudahkan utk yg baru belajar.. Disampaikan oleh Dato Hj. Ismail kamus. Keluaran Telaga Biru. harga memang berpatutan. RM 55.00 sahaja. Kalau ada promosi lagi murah. Setiap rumah mesti ada buku ni.

Saturday, July 7, 2012

Kasut anak abah



Inilah kasut yang perlu anak aku pakai utk membiasakan kaki dia lurus dan tegak semula.
Kasut ni bukan beli tapi dapat dari hospital kerjaan. pakai ni pada waktu malam je, kalau siang jgn harap dia nak pakai. Mengamuk suruh orang buka, rimas agaknya. Buat permulaan je lama-lama dah biasa ok kot.

Sesi Fisioterapi Anak Abah



Pada minggu lepas aku kena bawak anak aku yg nombor dua iaitu Muhammad Najmie pergi buat fisioterapi kat hospital sungai petani. Baik-baik semua ahli fisioterapi kat hospital tu. Tapi anak aku pulak buat perangai tak mau buat fiso asyik nak mengamuk je.

Seperti biasa mereka mengajar kami cara reganggan yg betul pada kaki anak aku ni, sambil diajar cara berjalan. Sebulan sekali kami akan datang lagi buat fisio.

Kalau diikutkan umur anak aku sekarang dah 1 tahun 8 bulan. Kanak-kanak yg sebaya dengan dia dah boleh berlari. Mungkin ini dugaan buat kami sekeluarga. Apa pun abah dan mama akan usaha sedaya upaya membantu anak abah ni supaya boleh berjalan seperti kanak-kanak lain.

Book Rich dad poor dad


Masa pi shopping kat sungai petani tempoh hari aku singgah satu kedai buku, dalam fikiran nak beli buku untuk anak sambil-sambil tu terjumpa buku ni. tajuk dia Rich Dad Poor Dad, tulisan Robert T. Kiyosaki. Asal buku ni dalam bahasa inggeris dan dah lama pun keluar. Tapi yg aku jumpa ni ialah versi Bahasa Melayu. Apa lagi aku terus beli.

Pandangan aku buku ni memang menarik utk kita pelajari dalam kewangan peribadi kita. kemana aliran duit kita,kesilapan kita membina liabiliti yg kita sangka ia adalah aset utama dalam kewangan kita. klau nak tau apa itu liabiliti dan aset kena dapatkan buku ni hehehe.. memang menarik dan berbaloi kalau beli.

Harga: Rm21.00
Jumlah Muka Surat: 232
Kategori: Bantu diri, bisnes dan pengurusan, kewangan.
Terbitan: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Petikan dari buku tersebut:

" Kita menghabiskan masa bertahun-tahun di sekolah, tetapi tidak belajar apa-apa berkenaan wang. Inilah sebab utama kenapa kita menghadapi masalah kewangan. Akibatnya, kita hanya belajar cara bekerja untuk wang, bukannya belajar cara menjadikan wang bekerja untuk kita". (Robert T. Kiyosaki)






Daisypath Anniversary tickers