Monday, June 27, 2011

Terima Kasih rakan follower blog teratak5

Assalammulaikum wbt,

Rasa bertuah sangat kerana ada juga rakan blogger yg sudi follow blog aku yg tak seberapa ni.
berikut adalah beberapa antara yg dapat saya senaraikan.









Kepada blogger yg lain jemput singgah ke blog mereka.



P/S: Kepada blogger sungguhkawaishop tengok macam menarik je topi utk budak2. InsyaAllah akan saya order satu nanti.

Sunday, June 26, 2011

Cuti-cuti melawat zoo taiping



Pada hari sabtu lepas kami sekeluarga melawat zoo taiping.
Angkut semua anak-anak pergi zoo taiping.
Kalau pergi zoo apa lagi tgk binatang la. Anak aku yg sulung cukup teruja dpt tgk binatang secara dekat. (sebelum ni tgk dalam gambar dgn tv je)

ini ada beberapa koleksi gambar semasa pergi zoo taiping.

Friday, June 24, 2011

Cutest Baby Smiling Contest

Nama Anak: Nur Amna Nafisa bt. Saadon Zubir
Umur: 3 Tahun
Nama Mama: Maziah bt. Abdull Kadar

Dalam dok cari fail lain terjumpa pulak gambar anak aku yg sulung ni. Pastu terus teringat pasal contest yg blog Sinarraudah buat tu apa lagi aku uploudkan dalam blog aku utk join contest tu.
Sekadar memeriahkan suasana je, kalau ada rezeki alhamdulillah..

Blogger lain boleh join kalau berminat. pergi sini


Thursday, June 23, 2011

Lambakan Lelaki Di Pahang

Ketidakseimbangan nisbah bilangan jantina beri implikasi negatif

KUANTAN: Nisbah bilangan jantina yang tidak seimbang di beberapa negeri, termasuk Pahang sehingga menimbulkan fenomena ‘marriage squeeze’, iaitu kekurangan bilangan penduduk dalam kumpulan usia perkahwinan tertentu untuk dijadikan pasangan hidup.
Berasaskan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keempat dan Penemuan Awal Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), menunjukkan bilangan lelaki di negeri terbabit lebih ramai berbanding wanita.

Laporan itu juga menunjukkan bilangan lelaki dalam usia perkahwinan, iaitu 20 hingga 34 tahun ialah 198,600 orang, lebih ramai berbanding 188,900 wanita manakala nisbah 113 lelaki berbanding 100 wanita pada 2010 bagi Pahang, melebihi paras nasional, iaitu 105 lelaki berbanding 100 wanita.

Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata ketidakseimbangan nisbah bilangan lelaki dan wanita di Pahang jika dibiarkan akan memberi implikasi dari segi persaingan lelaki untuk mendapatkan pasangan hidup.

“Keadaan ini bukan saja memberi kesan kepada sektor pekerjaan, malah menjejaskan institusi kekeluargaan pada masa akan datang,” katanya selepas menyampaikan taklimat Dasar Keluarga Negara (DKN) & Pelan Tindakan DKN di Wisma Negeri di sini, semalam.
Beliau berkata, tiga punca utama dikenal pasti ialah penghijrahan keluar wanita muda dalam usia perkahwinan secara selektif menyebabkan lelaki terpaksa menunggu lebih lama mendapatkan pasangan, sekali gus menyumbang kepada isu kahwin lewat di kalangan lelaki.

Selain itu, kelahiran bayi lelaki melebihi bilangan jumlah bayi perempuan, iaitu 13,232 berbanding 12,279 pada 2008 dan kemasukan pekerja asing turut memberi kesan dengan nisbah satu warga asing bagi setiap 13 rakyat tempatan dengan jumlahnya 7.5 peratus.

P/S: Faktor pendatang jugak kena ambik kira nisbah 1:13 (warga asing : warganegara)

Monday, June 20, 2011

Selamat Datang - Yatiememories

Saya mengucapkan terima kasih kepada blogger Yatiememories kerana sudi menjadi follower blog Teratak5.

Kepada blogger yg lain jemput singgah ke blognya disini.

Selamat Datang - littlequeenstory

Saya mengucapkan terima kasih kepada blogger Littlequeenstory kerana sudi menjadi follower blog Teratak5.

Kepada blogger yg lain jemput singgah ke blognya disini.

Thursday, June 16, 2011

Cutest Baby Smiling Contest

Sekadar suka-suka masuk pertandingan Cutest Baby Smiling Contest yang di anjurkan oleh Sinarraudah.
Jika anda berminat boleh melihat syarat pertandingan di blog Sinarraudah.blogspot.



(Anak kawan)
Nama: Nur Damia Marissa Binti Suhaili
Tarikh Lahir: 31 Julai 2010
Nama Ibunya: Marliyanida Binti Sulaiman

Lagu Kanda Dinda (Atilia & Monoloque)

Cutest Baby Smiling Contest

Jom masuk Cutest Baby Smiling Contest anjuran Sinar Raudah Blogspot.
Baby yg comel akan dapat hadiah istimewa.


Nama: Muhammad Najmie bin Saadon Zubir
Umur: 9 Bulan
Nama Ibunya: Maziah binti Abdull Kadar

Selamat Datang - Chempaka Sari

Saya mengucapkan terima kasih kepada blogger Chempaka Sari kerana sudi menjadi follower blog Teratak5.

Kepada blogger yg lain jemput singgah ke blog Chempaka Sari disini.

Wednesday, June 15, 2011

Daun Kaduk Mengurangkan Batuk

Ada petua dari mak saya. Daun kaduk kebiasaan org buat makan ulam.
tapi daun kaduk juga boleh mengubati batuk utk kanak-kanak atau bayi.

caranya:

Ambil beberapa helai daun kaduk.
tumbuk daun kaduk sehingga halus sedikit.
ambil sedikit kapur makan. (sedikit sahaja kalau banyak nanti panas pulak kulit bayi tu)
gaulkan kapur makan bersama daun kaduk yg telah ditumbuk dan sedikit air.
sapukan pada bahagian belakang dan dada bayi.

InsyaAllah batuk anak anda berkurangan jika diamal.

P/S: Petua ni saya dah cuba utk anak saya yg baru 9 bulan.


Selamat Datang - Sinar Raudah

Saya mengucapkan terima kasih kepada blogger Sinar Raudah kerana sudi menjadi follower blog Teratak5.

Kepada blogger yg lain jemput singgah ke blog Sinar Raudah disini.

Selamat Datang - Ninie Dora

Saya mengucapkan terima kasih kepada blogger Kisah Ninie Dora kerana sudi menjadi follower blog Teratak5.

Kepada yg lain sudi-sudilah menziarahai blog Ninie Dora

Selamat Datang - Golden Rose

Saya mengucapkan terima kasih kepada blogger Golden Rose kerana sudi menjadi follower blog Teratak5.

Semoga perkenalan ini menjadikan kita lebih akrab.

Tuesday, June 14, 2011

Selamat Datang - Sinar Raudah

Saya mengucapkan terima kasih kepada blogger Sinar Raudah kerana sudi menjadi follower blog Teratak5.

Semoga perkenalan ini menjadikan kita lebih akrab.




P/S Happy posting Happy blogging

Hari Keluarga Kampung Kubang Jambu, Kedah.





Pada 4hb Jun 2011
Kampung Kubang Jambu, Kota Kuala Muda Kedah.
mengadakan Hari Keluarga dan Sukaneka.
Pelbagai acara dan permainan dijalankan.
Sesi pemeriksaan kesihatan, cabutan betuah dan acara sukaneka utk kanak-kanak dan dewasa.

Cukup meriah acara pada hari itu.

Berikut ada sedikit gambar utk dikongsi bersama.






BEN ASHAARI blog

BEN ASHAARI : 5 BLOG PILIHAN HATI


Semoga blog aku tersenarai 5 menjadi pilihan hati Ben Ashaari.

Monday, June 13, 2011

Berkongsi alamat blog anda

Salam sejahtera kepada semua blogger.
memandangkan anda dh sampai ke blog saya ni apa kata korang tinggalkan alamat blog korang di bahagian komen ini dan kita dapat berkongsi blog masing2. Sama2 dapat merasa.
Setiap blog yg saya terima akan saya masukan dibahagian my blog list.

Wednesday, June 1, 2011

Dari sg. petani - KL - Pahang

Pada minggu lepas 27 Mei hingga 1 Jun 2011 kami sekeluarga pergi kenduri sepupu aku di Seri Kundang, Rawang, Selangor. Kenduri tu berlangsung pada 29 Mei. Pada 27hb Mei kami tinggal rumah abang tan di Rumah Kerajaan Jalan Dutamas. Pada 28hb Mei kami pergi tidur rumah abang din di Taman Saujana Indah Sungai Buluh. Lepas kenduri Pada 29hb Mei terus ke Jengka 9 di Pahang tidur rumah bapak mentua, dok sana 2 malam.

Pada 31 Mei balik rumah di sungai petani. Perjalanan dari Jengka 9 ke sungai petani kedah makan masa hampir 8 Jam. itu pun aku bawak slow je. Balik lalu ikut genting jalan pulak bengkang bengkok tu yg bawak slow je.

Apa pun syukur perjalanan kami semua selamat.
Daisypath Anniversary tickers