Thursday, February 24, 2011

Lirik Muda - Hujan

Tamatlah zaman persekolahan
Masih dihantui memori
Waktu kecil waktu yang gemilang
Oh Tuhan ku tak mahu pergi

Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua tak akan membesar
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya

Tak lupa pelbagai peristiwa
Waktu pergi mengaji
Ponteng kerana ku macam tak biasa
Hoo..oo..

Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua tak akan membesar
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya

Wednesday, February 23, 2011

UJI RASHID & HAIL AMIR ANTARA MATAMU & MATA KU

UJI RASHID & HAIL AMIR
LIRIK: ANTARA MATAMU & MATA KU ( L: ) Di mata mu ku lihat Sinaran bercahaya Permata hati ( P: ) Di wajah mu ku lihat Senyuman yang berseri Menawan hati ( 1 ) ( L: ) Pabila bersua Bertentangan mata ( P: ) Kelunya lidah ku Tak dapat berkata ( L: ) Renungan mata mu Mendebarkan sukma ( P: ) Terjalinlah kasih Ikatan mesra ( L: ) Pandangilah daku Sepuas hati mu ( P: ) Pabila berjauh Tak merindu ( L: ) Di mata mu ku lihat Sinaran bercahaya Permata hati ( P: ) Di wajah mu terbayang Harapan Hidup sama ( L & P: ) Antara kita ( ulang dari 1 )

Tuesday, February 22, 2011

Black: Sofea Jane

Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Chorus

Andai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Ulang Chorus 2X

Monday, February 21, 2011

Saintis dedah punca utama barah tekak

Saintis dedah punca utama barah tekak

COLUMBUS - Saintis mendapati seks oral lebih berisiko menyebabkan barah tekak berbanding penggunaan tembakau menerusi aktiviti merokok, lapor sebuah akhbar semalam.

Berdasarkan hasil kajian terbaru, saintis-saintis mendapati aktiviti itu merupakan punca utama barah tekak dalam kalangan individu berusia di bawah 50 tahun.

Mereka berkata, virus papilomma manusia (HPV) yang merebak ketika aktiviti itu menjadi punca peningkatan barah tekak sejak beberapa dekad kebelakangan ini.

"Berpandukan bukti saintifik semata-mata, kami tidak tahu sama ada vaksin itu dapat mengekang jangkitan HPV yang menyebab-kan kanser," kata seorang penyelidik berkenaan, Profesor Maura Gillison dari Universiti State Ohio di sini.

"Namun, pakar-pakar bidang perubatan optimistik bahawa pelalian dapat mencegah jangkitan barah tekak akibat HPV," tambahnya.

Sebelum ini, HPV didapati menjadi punca 70 peratus kes kanser serviks dalam kalangan wanita.

Sejak 2008, gadis berusia 12 dan 13 tahun di sekolah-sekolah telah diberi pelalian mencegah virus tersebut. - Agensi

Filem Khurafat dapat 8 juta.

Dengar berita dari radio Sinar FM hari ni 22/2/2011
Filem Khurafat yg diarahkan dan dilakonkan Shamsul Yusof mencatat kutipan 8 juta dalam tempoh sebulan tayangan. Memang Hebat lah.

Mee Sanggul Desa

Anda pengemar mee sanggul. Ini ada satu produk baru mee sanggul keluaran muslim 100%.
Ini dia Azman Mee Sanggul Desa. saja je saya tolong promosi bagi membantu rakan2 muslim lain berniaga.
Bagi rakan2 yg nak dptkanya boleh pergi ke pasar tani pokok sena, kepala batas, pulau pinang.
atau call aje no fon kat gambar tu.

Dato Siti Nurhaliza Bina Masjid




SUNGAI PETANI: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, merasmikan Masjid Al-Khalidiah di Kampung Permatang Pasir, Tikam Batu, dekat sini yang pembinaannya dibiayai penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Khalid yang berasal dari Kampung Permatang Pasir berkata, masjid baru itu dibina di atas tapak asal Masjid Kampung Permatang Pasir bagi menggantikan masjid lama dengan kos untuk merobohkan masjid lama dan membina masjid baru termasuk kelengkapannya berjumlah hampir RM2 juta.
Katanya, selain mendapat sumbangan pihak tertentu, ia dibina hasil sumbangan Yayasan Nurjiwa yang beliau dan isterinya wujudkan untuk membantu golongan yang memerlukan dan bagi melaksanakan program pembangunan agama.

"Ia mula dibina pada 1 Disember 2009 dan siap pada Ogos 2010. Bangunan utama masjid boleh memuatkan seramai 500 jemaah pada satu-satu masa," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian itu.

Khalid yang juga Pengerusi Yayasan Nurjiwa berkata, nama masjid itu dicadangkan oleh seorang sheikh dari Makkah yang ditemuinya di Madinah dan nama itu turut dicadangkan oleh Imam Masjid Kampung Permatang Pasir.

"Ia nama salah satu syurga. Kebetulan pula nama tu seperti nama saya. Saya berharap kemudahan masjid ini dapat digunakan oleh penduduk kampung. Masjid ini tidak akan dikunci untuk kemudahan orang ramai setiap masa," katanya.

Siti Nurhaliza pula bersyukur kerana masjid yang beliau dan suaminya usahakan selama ini dirasmikan hari ini, yang kebetulan jatuh pada tarikh lahir yang ke-52 suaminya.
"Apabila kami berurusan dengan pejabat Istana, tarikh yang Tuanku pilih adalah hari ini iaitu 19 Februari.

"Memang perancangan kami untuk bina masjid bagi kemudahan penduduk sekeliling untuk buat program keagamaan. Saya gembira kerana impian kami jadi kenyataan hari ini. Harap Yayasan Nurjiwa dapat membuat banyak lagi aktiviti kebajikan," katanya.

Masjid Kampung Permatang Pasir dipercayai mula dibina sekitar tahun 1896 dan kemudian dibina semula pada 1926 secara gotong royong.

Pada tahun 1985, 1997 dan 2005, kerja-kerja naik taraf masjid dijalankan untuk keselesaan jemaah dan pada 2009 pembinaan masjid baru di atas tapak sedia ada dilaksanakan. - BERNAMA


Sumber: Berita Harian 19/2/2011

Friday, February 18, 2011

Ally Iskandar Bertunang.

Kecoh Ally Iskandar (pengacara Popular Tv3) bertunang dengan Nur Aisy'ah Zainal Naib Juara Rancangan Gadis Melayu 2009.

Majlis Pertunangan di Taman Sri Intan, Ampang. Apapun semuga Ally Iskandar dan Nur Aisyah bahagian dan bersabar menempuh fasa bertunang.

Wednesday, February 9, 2011

Lirik Berlari – Tomok

Lirik Berlari – Tomok

Aku yang telah merasa keliru
Aku yang tak tahu mana nak tuju
Sampai bila harus aku menjadi bisu

Kamu yang mahu mencintai aku
Kamu yang mahu mencintai dia
Haruskah cinta ini jadi begitu
Tak perlu kau merayu
Pergilah bersamanya
Biarkan ku sendiri
Tak perlu kau menyakiti

Chorus
Kini ku bebas tanpa bayangmu lagi
Bebas ‘tuk berlari
Mengejar impian aku
Yang terkunci
Walaupun tanpamu di sisi
Aku kan berlari
Teruskan berlari

Dan kini semua telah terbukti
Tanpamu ku masih ada di sini
Mengejar impian yang hampir pasti
Kamu yang mahu mencintai aku
Kamu yang mahu mencintai dia
Haruskah cinta ini jadi begitu

Tak perlu kau merayu
Pergilah bersamanya
Biarkan ku sendiri
Tak mahu kau menyakiti

Ulang Chorus

Gelap sudah menjadi terang
Pandangan semakin jauh
Jauh meninggalkan kamu
Terus ku terus berlari
Kan ku capai bintang itu

Monday, February 7, 2011

Lirik Lagu Hanyut - Faizal Tahir

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Ulang Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

Lirik Menyesal – Sixth Sense

Lirik Menyesal – Sixth Sense

Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri

Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku

Hanya dirimu
Tulus cintaku

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku

Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku

Daisypath Anniversary tickers