Tuesday, March 29, 2011

Tabasco sauce


Hari nak cerita pasal sos tabasco ni. korang mesti pernah tengok dan jumpa sos tabasco ni kat restoran-restoran makan fast food seperti pizza dan makanan yg berkonsepkan grill.

halal ke sos tabasco

Kalau jual kat malaysia halal ke sos tu??

Apa pendapat korang?

Sunday, March 27, 2011

Talkin Untuk Diri Sendiri

Talkin Untuk diri sendiri...
Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Ada masa? sebentar cuma. Berhenti dari kesibukan dunia. Berhenti sekejap dari keseronokan. Tiba-tiba malaikat maut sedang berjalan ke arah mu, meminta nyawamu, kerana due date kehidupan sudah sampai....

(gantikan dengan nama anda untuk lebih rasa insaf)
***



Mungkin sebentar lagi kita akan dibawa keluar dari realiti

Maha suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa. Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.



Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.



Wahai Ahmad bin Minah, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.



Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.



Ingatlah wahai Ahmad bin Minah, apabila datang kepada kamu 2 malaikat iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.



Ketahuilah wahai Ahmad Bin Minah, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.



Apabila mereka menundukkan kamu dan menyoal kamu.



Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?


Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah takut dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.



Hendaklah kau jawab dengan fasih apabila ditanya untuk pertama, kedua dan terakhirnya kalinya.



Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah
Muhammaddur rasulullah".



Wahai Ahmad bin Minah, tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.



Insaflah wahai Ahmad bin Minah, bahawa mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.



Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.



Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.





p/s: Malaikat maut di hadapanmu, kini. Tidak berguna lagi harta menggunung tinggi, rupa paras yang cantik, keturunan yang engkau megahkan, yang amat terpenting amalan kamu... Secebis keinsafan.

Tuesday, March 22, 2011

Lirik Lagu OST Hikayat Merong Mahawangsa Sedetik Lebih Anuar Zain

Lirik Lagu Sedetik Lebih Anuar Zain (OST Hikayat Merong Mahawangsa)

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

EDRY ABDUL HALIM
KRU Publishing Sdn Bhd

Monday, March 21, 2011

Jus Roselle Homemade

Bahan-bahan nak buat jus buah roselle

200gm Buah rosell

Air 600ml

Gula secukup rasa (jangan makan gula lebih2 nanti mengundang penyakit pula)


Cara-caranya

  1. Buah rosell dibasuh bersih, kepak kelopak bunga, buang biji ditengahnya.
  2. Masukan kelopak bunga tadi yg telah disaingkan dari bijinya kedalam periuk bersama 600ml air (aku agak je),
  3. Masak hingga mendidih. Air akan bertukar warna merah.
  4. Dah mendidih boleh la ditapis dan ambil airnya utk buat jus.
  5. Begitu lah cara nak buat jus air rosell. Bila nak buat air rosell tambah air masak dan gula.


Khasiat Buah Rosell (Sumber Jus Rosell keluaran HPA)

Nama saintifiknya ialah Hibiscus Sabdariffa, yang merupakan tumbuhan yang amat tinggi kandungan Vitamin C iaitu melebihi daripada keluarga limau. Sedia untuk diminum terus dan tidak perlu bancuh bersama air. Kelebihan pengambilan Air Minuman Roselle ini ialah:

1. Anti Penuaan

2. Pencegah penyakit kardiovaskular

3. Pencegah kanser

4. Demam panas/selesema

5. Resdung (alahan) dan Asma

6. Stress atau sukar tidur (Insomnia)

Komposisi (310 ml per botol) :
Jus Roselle, sirap dan bahan pengawet yang dibenarkan.

Sunday, March 20, 2011

Imam Muda. Tuan Haji Khairol Azhar b. Ghazali


Pada 20 Mac 2011. Sekalung penghargaan terima kasih buat imam muda Tuan Haji Khairol Azhar b. Ghazali kerana sudi hadir ke Surau kami di Kubang Jambu, Kedah. Walaupun jadual tuan haji kita agak padat tetapi beliau tetap dpt meluangkan masa bersama penduduk kampung kubang jambu untuk memberi ceramah.

Pada hari itu tuan haji khairol telah memberi ceramah yg bertajuk Mencintai Allah.
Cukup meriah hari itu dengan hadirnya ramai penduduk kampung kubang jambu, Walaupun hujan bila petangnya tetapi suasana tetap meriah.

Malangnya saya tak sempat membawa kamera utk merakam saat tersebut.



Monday, March 14, 2011

Lain-lain kegunaan tripod

Sapu Air Liur

Sapu Air Liur

Majlis pernikahan dah selesai tetamu sudah balik si ayah mengelamun sendiri.

Di kamar pengantin kedua mempelai asyik membelek hadiah-hadiah
si ayah pasang telinga mendengar perbualan.

Kedua pengantin sedang membelek sepasang kasut hadiah dari tetamu yang datang.

” Nak cuba pakai malam ni , bang.” pengantin perempuan bersuara
berdebar dada si ayah mendengarnya.
” Boleh saja biar abang masukkan?”
Pengantin lelaki menyarung kasut di kaki isterinya.

“Tak muat bang, sempit oh sakitnya.” Ternyata kasut bukan saisnya.
“Kalau Tak muat nak buat camana?” Pengantin lelaki gundah suaranya.

” Sapu air liur…!” Si ayah bersuara
Ketawa pengantin berjela-jela.
Ternyata si ayah silap sangka.

Monday, March 7, 2011

Lirik Awan Nano – Hafiz AF7

Lirik Awan Nano – Hafiz AF7 Lihat ke arah sana Serakan warna dan berarakan Awan Pabila terik panas Segera hadirnya memayungi diri Pabila kau dahaga Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya Pabila kau katakan Akulah awan itu yang kau mahu Begitulah awan nano Setia melindungi diri Tika panas mencuba menggores pipi Dan bibirmu Begitulah awan nano Sering saja tak terduga hadir Dan tak akan tercapai jejarimu Kasihnya Kasih tiada banding Setia tiada tara Bagaimanapun jua Awan kekasih sebenarmu sayang Walaupun tak akan tercapai jejarimu Lihat diriku ini Yang sesekali pernah kau bagaikan awan Sehingga tak mungkin terlupa Berikan belas sedari dulu Sehingga tak mungkin termampu saksi Setitis pun air matamu kasihku Sehingga kau katakan Akulah awan itu yang kau rindu Akulah awanmu yang sedia Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi Dan bibirmu Akulah awanmu yang sering kau rindu Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu Kasihku Kasih tiada banding setia tiada tara Bagaimanapun jua Aku pelindung dirimu sayang Walaupun tak akan tercapai jejarimu Begitulah awan nano Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi Dan bibirmu Begitulah awan nano Sering saja tak terduga hadir Dan tak akan tercapai jejarimu Kasihku Kasih tiada banding setia tiada tara Bagaimanapun jua Aku pelindung dirimu sayang Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Saturday, March 5, 2011

Keputusan pilihan raya kecil Merlimau, Kerdau seawal 8 malam

MERLIMAU: Keputusan pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau dijangka diketahui seawal jam 8 malam ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof, berkata pihaknya juga mensasarkan peratusan keluar mengundi bagi kedua-dua DUN hari ini mencecah 80 peratus.

"SPR menasihatkan pengundi supaya keluar awal kerana bimbang cuaca dijangka hujan pada sebelah petang," katanya pada sidang media di sini, hari ini. DUN Merlimau mempunyai 10,679 pengundi berdaftar, sementara DUN Kerdau mempunyai 8,999 pengundi berdaftar.

Sementara itu, Abdul Aziz mengingatkan parti yang bertanding supaya tidak berkempen pada hari pengundian termasuk meraih undi dengan membuka barung atau di pusat operasi parti masing-masing.


P/S: Selamat mengundi orang-orang Kerdau dan Merlimau.

Friday, March 4, 2011

The Malay Chronicles: Bloodlines (Extended Trailer)


Trailer filem Hikayat Merong Mahawangsa atau versi international The Malay Chronicles : Bloodlines
Filem ini bakal ditayangkan pada 10 Mac 2011. Terbitan KRU Studios.
Filem ini merupakan antara filem Malaysia yg termahal dari segi kos pembikinannya yg menelan belanja Rm6.82 juta.

Sinopsis filem Hikayat Merong Mahawangsa seperti yang disiarkan oleh sinemamalaysia.com yang bermula sekitar tahun 120 apabila Empayar Rom dibawah pemerintahan Hadrian manakala Dinasti Han di negara China sedang memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Garuda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Garuda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?

Tontonlah filem ini, ia menjanjikan pengalaman baru dalam industri perfileman negara.

Hikayat Merong Mahawangsa dibintangi oleh Stephen Rahman-Hughes, Jing Lu, Gavin Stenhouse, Craig Robert, Fong, Eric Karl Henrik Norman, Keith Chong, Keith Chong, W. Hanafi Su, Dato’ Rahim Razali, Khir Rahman, Ummi Nazeera, Nell Ng, Jehan Miskin, Umi Aida, Kuswadinata, Mano Maniam dan Ravi Sunderlingam.


P/S: Berbangga dengan usaha KRU menghasilkan filem yg bertaraf antarabangsa seperti ini. Tahniah KRU Studios.

Wednesday, March 2, 2011

Tempoh bayaran saman trafik dilanjutkan 10 hari lagi

02/03/2011
2:33pm

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN

PUTRAJAYA 2 Mac – Tempoh bayaran saman trafik yang berakhir Isnin lepas kini dilanjutkan selama 10 hari lagi, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menurut beliau, lanjutan tempoh bayaran saman tersebut bagi membolehkan orang ramai melunaskan tunggakan saman mereka.

Semalam, Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, sebanyak 17.3 juta saman yang gagal dijelaskan oleh pengguna kenderaan di seluruh negara akan disenaraihitamkan mulai Selasa.

Tindakan itu diambil setelah tempoh yang diberikan untuk orang ramai membayar saman tersebut sejak Ogos tahun lalu, berakhir. - Utusan


P/S: Buat rakan-rakan yang belum bayar saman tu boleh la buat bayaran saman sebab dah di sambungkan tempoh bayaran sehingga 10 Mac 2011. Selamat Membayar saman...