Wednesday, January 3, 2018

Resepi kuey teow teng

Kuey Teow th'ng
Mudah dan sedap

Bahan-bahan:
4-5 ketul ayam (elok bahagian dada)
1 biji sengkuang
1/2 @ 1 kiub pati ayam
Sedikit halia
Sedikit gula batu
Sedikit garam

Cara-cara:

1. Rebuskan ayam bersama, halia, sengkuang yg di potong besar.
2. Masukkan gula batu.
3. Rebuskan hingga mendidih.
4 Masukkan garam dan kiub ayam.
5.Toskan ayam. Ayam ni untuk diracik halus sebagai hiasan makan bersama kuey teow
6. Masukkan bahagian bawah daun bawang.. Siap.

Minyak Bawang Putih/ Bawang Putih Goreng

3 labu bawang putih di buang kulit dan di cicang halus. Panaskan minyak dengan api yang kecil. Goreng bawang putih sehingga garing. Hidangkan dalam bekas hidangan.

Sambal

Panaskan 2 /3 sudu besar minyak. Masukkan cili boh. Masukkan garam, sedikit kiub ayam dan  gula apabila sudah pecah minyak. Masak cili sehingga garing. Hidangkan dalam bekas hidangan.

Dah siap. Dalam bekas hidangan akan ada:
1. Koay teow yang telah di celur
2. Ayam yang telah di racik
3. Fishball / fishcakes yang telah di potong dan di celur
4. Taugeh yang telah di celur
5. Sambal
6. Minyak bawang putih
7. Cabai potong + kicap
7. Daun Bawang

Blog kerani sekolah

Assalammualaikum..

Dok ronda2 tengok blog orang saya terjumpa satu blog kerani sekolah.
Bagus blog tu ada macam-macam panduan tugasan harian sebagai seorang kerani sekolah.

1) Panduan mengisi maklumat HRMIS
2) Panduan permohonan kenaikan pangkat untuk Pegawai Perkhidmatan pendidikan melalui laman web epangkat
3) Panduan pengisian maklumat dalam espkws.

Anda boleh layari laman web: https://teratak7.wordpress.com/

Layari Blog tersebut teratak7.wordpress.com
Daisypath Anniversary tickers