Wednesday, February 8, 2012

Sibuk dengan tugas harian

Amboi sibuk benar aku hari ni. sampai tak sempat makan tengahari. Nasib baik ada kawan baik hati belikan makanan untuk aku.

Terima kasih kawan.


Lepas ni sambung balik kerja huhuhu...




Semak betul opis aku, ada org kata yg ni kira ok lagi ada yg lagi semak siap fail bertimbun-timbun sampai tak nampak rupa opis dah.

Monday, February 6, 2012

Saling klik-klik iklan blog rakan-rakan


Setiap kali saya melawat blog rakan-rakan mesti saya akan klik juga iklan-iklan yg ada di blog mereka.
Bukan apa sebagai tanda terima kasih kerana menjadi follower blog saya ni. Apa salahnya jika anda yg melawat blog saya ini sambil membaca entri-entri yg ada ni sambil-sambil klik iklan dalam ni.

So kepada rakan-rakan yang nak saya klik iklan blog korang jadilah follower blog aku iaitu teratak5.blogspot.com

sama-sama dapat sama-sama merasa..

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul buat semua muslim-muslim.

Saksikan ceramah saat-saat terakhir Nabi.
Bertapa kasih dan sayangnya nabi kepada umatnya.





Dan sedikit video Khutbah terakhir Nabi utk pesanan buat kita semua.

Thursday, February 2, 2012

Anak aku masih belum boleh berjalan

Assalammualaikum wbt,

Kalau difikirkan pasal anak ni macam-macam ada. Yang aku risaukan pasal anak ke dua aku ni kerana masih belum boleh berjalan.

Umur dah 1 tahun 5 bulan kalau ikut hari ni. Normal ke kalau anak sebaya dia masih belum boleh berjalan, kalau tengok anak orang lain umur 9 bulan ada yg dah boleh berjalan.

Kalau merangkak cukup cepat. Org kata kalau anak tumbuh gigi awal lambat berjalan, anak aku ni memang tumbuh gigi awal, Sebab tu ke??

Masa anak sulung dulu memang tiada masalah bab ni.Mai yg nombor dua jadi macam ni pulak risau dibuatnya.

Ada juga pergi bawa ke klinik, doktor cakap itu adalah biasa bagi baby yg lambat berjalan. ada sampai hampir umur dua tahun baru boleh berjalan.

Kalau anak korang macam mana pulak? umur berapa anak korang boleh berjalan?
Jom kongsi disini.

Ni la gambar anak kedua aku nama dia Mohammad Najmi.

P/S: Apapun abah doakan anak abah cepat2 berjalan

Daisypath Anniversary tickers