Saturday, July 7, 2012

Book Rich dad poor dad


Masa pi shopping kat sungai petani tempoh hari aku singgah satu kedai buku, dalam fikiran nak beli buku untuk anak sambil-sambil tu terjumpa buku ni. tajuk dia Rich Dad Poor Dad, tulisan Robert T. Kiyosaki. Asal buku ni dalam bahasa inggeris dan dah lama pun keluar. Tapi yg aku jumpa ni ialah versi Bahasa Melayu. Apa lagi aku terus beli.

Pandangan aku buku ni memang menarik utk kita pelajari dalam kewangan peribadi kita. kemana aliran duit kita,kesilapan kita membina liabiliti yg kita sangka ia adalah aset utama dalam kewangan kita. klau nak tau apa itu liabiliti dan aset kena dapatkan buku ni hehehe.. memang menarik dan berbaloi kalau beli.

Harga: Rm21.00
Jumlah Muka Surat: 232
Kategori: Bantu diri, bisnes dan pengurusan, kewangan.
Terbitan: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Petikan dari buku tersebut:

" Kita menghabiskan masa bertahun-tahun di sekolah, tetapi tidak belajar apa-apa berkenaan wang. Inilah sebab utama kenapa kita menghadapi masalah kewangan. Akibatnya, kita hanya belajar cara bekerja untuk wang, bukannya belajar cara menjadikan wang bekerja untuk kita". (Robert T. Kiyosaki)






No comments:

Post a Comment