Tuesday, November 10, 2015

Cara Buat Baja Organik Yang Mudah.

CARA BUAT BAJA ORGANIK YANG MUDAH.

Cara Buat Baja Organik Yang Mudah.

Kalau dirumah kita biasa buang sahaja lebihan sayur atau buah-buahan yg dah rosak dan busuk.

bahan-bahan nak buat baja ni cukup mudah, hanya perlu sisa dapur seperti buah-buahan atau sayuran, air basuhan beras dan gula merah. Yang penting jangan guna bahan yg dah dimasak dan berminyak.

Mari kita cuba buat baja dari bahan terbuang tadi utk digunakan pada tanaman kita.

IKUTI 8 LANGKAH MUDAH INI:

1- Gula merah satu cawan dan 2 sudu gula putih.
2- Kacau gula merah dalam satu cawan air suam.
3- Air basuhan beras.
4- Lebihan sayur-sayuran buah-buahan yg dah busuk atau dah rosak. (ramas atau hancurkan sedikit bahan tadi)
5- Campurkan semua bahan tadi dan gaul dalam 1 bekas besar. (saya guna bekas plastik yg besar terpakai)
6- Simpan semua bahan tadi atau peram bahan tadi selama sebulan.
7- Air dari perapan bahan sayur dan buah tu dh boleh guna sebagai baja organik.
8- Gunakan nisbah 1cawan air baja dgn 3 cawan air kosong. utk cairkan baja tu.

#### Selamat Mencuba

Share / Like  kalau berguna utk semua.


Daisypath Anniversary tickers