Thursday, June 20, 2013

Istimewa malam jumaat 18sx

Baca dan tambah sedikit ilmu apa kan…
Kadang-kadang saya sendiri tertanya juga kenapa
khamis malam jumaat adalah malam istimewa untuk suami isteri ?

Saya pasti kita sering mendengar perihal malam Jumat
adalah waktu yang baik untuk melakukan hubungan seksual bagi pasangan suami isteri.
Hubungan seksual yang sihat dan menyenangkan seringkali mempengaruhi keharmonian rumah tangga.
Banyak penelitian yang dilakukan untuk meningkatkan hubungan seksual yang sihat dan menyenangkan bagi pasangan.

Dari makanan terbaik hingga waktu terbaik
yang dapat meningkatkan hubungan seksual telah dikaji oleh para penyelidik. Penelitian tersebut bertujuan
untuk mengetahui cara meningkatkan hubungan seksual
yang sihat dan harmoni bagi pasangan.

Sebuah penyelidikan dari London School of Economic,
menyebut “Hari Khamis adalah waktu terbaik untuk melakukan hubungan seksual”. Menurut penelitian ini,
hari Khamis merupakan saat tingginya kadar hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen pada wanita.
Kedua hormon ini memacu munculnya rangsangan seksual. Semakin tinggi kadarnya, keinginan intim semakin kuat.

Selain itu, Khamis juga menjadi titik puncak terbentuknya
energi kortisol. Zat ini merangsang kuat terhadap hormon seks.
Jadi, anda boleh melakukan hubungan intim sepanjang hari Khamis dengan penuh ghairah. Dan,
kalau mahu melakukannya pada Khamis malam (malam jumaat), akan terasa lebih hebat.

Tahap kortisol yang merangsang hormon seks, berada pada tahap
tertinggi pada hari Khamis, terutama pada Khamis pagi.
Kadar testosteron pada lelaki dan kadar estrogen pada wanita tertinggi berada pada hari Khamis, tepatnya pagi hari,
iaitu 5 kali lebih tinggi. Selain itu, pada hari Khamis biasanya orang tidak suka berasa stress sehingga
mendorong untuk melakukan hubungan seksual.

Oleh itu, seks yang dilakukan malam hari, mampu meningkatkan
jumlah oksigen di dalam sel tubuh. Fungsi organ tubuh yang menyebabkan metabolisme tubuh lancar.
Aktiviti seks akan lebih bermakna.

Sedangkan hari terbaik untuk melakukan hubungan seksual ketika cubaan untuk hamil adalah hari dimana seorang wanita melihat
adanya lendir atau cairan serviks yang paling subur.
Lendir serviks yang subur adalah debit serviks yang
menyerupai putih telur mentah dan biasanya muncul pada hari sebelum ovulasi.

Berdasarkan hasil penelitian lain menyatakan bahawa,
hubungan seksual selama 6 hari sebelum ovulasi memang
memiliki kemungkinan yang lebih tinggi untuk menyebabkan kehamilan.

Kualiti dan kuantiti sperma menurun setelah 10 hari tidak melakukan hubungan seksual. Kualiti dan kuantiti
sperma terbaik adalah setelah 1 atau 2 hari tidak
melakukan hubungan seksual. Justeru, malam Jumaat terbaik melakukan hubungan intim?


MasyaAllah...Moga bermanfaat....

Sunday, June 16, 2013

Pisang tanduk idaman semua.


Pisang tanduk benih kawan aku bagi dari johor dah berbuah. tak lama lagi boleh makan.
Anak pisang tanduk bercambah kat bawah tu. ada aku bagi kat kawan2 tempat kerja.
Kalau ada yg nak anak pisang tanduk boleh mai hubungi saya di 012-5648649 zubir (kawasan Sg. Petani)
Daisypath Anniversary tickers