Sunday, July 24, 2011

Semakan Penyata Gaji di Jabatan Akauntan Negara ANM

Dengan perkembangan teknologi internet dan komputer, kakitangan kerajaan kini boleh mencetak sendiri penyata gaji dan penyata tahunan mereka secara online.

Kemudahan online ini mungkin memudahkan golongan muda kakitangan kerjaan, tetapi mungkin agak sukar kepada mereka yg agak senior dan otai-otai. Kerana mereka ni kurang pendedahan berkenaan komputer dan internet.

Disini saya cuba bagi panduan bagaimana menggunakan semakan penyata gaji tersebut.

Pendaftaran

1) Bagi yg pertama kali masuk atau mendaftar.
2) Sediakan no. gaji. (Boleh lihat di slip gaji lama)
4) Cari sebelah kiri lawam web tersebut e-penyata gaji & laporan (Klik daftar masuk)
5) Klik Pertama kali mendaftar.
6) Isikan maklumat yg diperlukan di dalam web tersebut.
7) Daftar - selesai.


Sudah Mendaftar

2) Cari sebelah kiri lawam web tersebut e-penyata gaji & laporan.
3) Daftar Masuk dan isikan maklumat No. K/P dan password anda.
4) Dipaparan profile saya klik Penyata gaji "sendiri".
5) Pilih tahun dan bulan yg dikehendaki kemudian klik "Cari".
6) Klik pada link tersebut.
7) Beri masa utk proses downloud.
8) Akan terpapar slip gaji anda.
9) Slip gaji akan dipaparkan dalam format PDF. Harap PC anda ada perisian Adobe Reader.
10) Selesai.






Tuesday, July 19, 2011

Tuesday, July 12, 2011

Handphone yg pernah aku guna dari 1998



erricsson T28.
Beli tahun 1998
Model Pertama yg aku guna. Mula-mula dapat gaji terus beli. Harga tak ingat agak-agak masa tu 500-600 ratus gak.


Nokia 3310
Beli tahun 2000
Sebab tukar handphone erricsson dah rosak. Beli ni pun harga dalam 300-400 jugak masa tu.
Nokia 6108
Beli tahun 2002
Beli dgn kawan. harga 400.
Masa ni handphone telah berubah bukan sekadar guna utk telefon dan sms tapi siap ada web game dan segala mak nenek lagi la.

Nokia 3660
Sejak 2004 Sehingga sekarang 2011 dan sampai entah bila.
Masih elok dan berfungsi dgn baik.
Beli tahun 2004 harga dlm 900. Kira yg termahal dlm sejarah aku beli handphone mahal mcm ni hehehe... Rasanya handphone ni patut masuk muzium.



P/S: Kalau korang yg kat luar sana mesti guna handphone yg mewah2 dan canggih. Rasa malu lak tunjuk handphone buruk aku tu.


Monday, July 11, 2011

Makan Belut



Korang pernah makan belut atau nama saintifiknya Monopterus albus. Kalau dalam bahasa banjar di panggil walot.
Kalau tgk dari fizikal belut ni nampak macam ular tapi dia bukan spisis ular dia masih diketegorikan sebagai ikan.
Belut ni hidup di dalam air dan selut. (kat sawah banyak la)

Masa aku kecik-kecik dulu rajin tangkap belut guna pancing khas dan bubu. bubu ni buat dari batang paip dan letakkan umpan ikan sepat dalamnya. Nak bagi contoh gambar tak de la pulak hehehe. Waktu lepas org ambik padi kami turun sawah cari lubang-lubang belut.

Kalau yg belum pernah rasa, belut ni macam rasa isi ikan keli.
Belut boleh buat goreng atau buat sup. sama mcm masak ikan keli. Buat laksa pun sedap.

Kat belah utara ni kalau makan laksa ada yg letak belut sebagai bahan utama dlm kuah laksa.

Ada satu forum saya join iaitu forum carigold. seorang rakan dalam forum ni ada pengalaman adik dia yg suka makan belut. Ini saya copy post dari forum tu.

Ini pengalaman benar...apa yang aku lihat pada adik aku...dia memang suka sangat makan belut samada goreng atau masak sup...maklumlah rumah di kawasan sawah padi...bapak aku memang rajin cari belut ni. Kesannya,kulit adik aku ni memang bersih dan licin. Panau ke...kurap ke...ruam2 ke...gatal2 ke...memang tak ada. Senang citer adik aku tak payah pakai apa2 jenis pelembut kulit atau facial foam pun...aku...baru jamah secubit...dah terbayang lain...terus tak jadi makan...tp rasanya manis...rasa lagi sedap dari ikan keli...

Pergi ker forum

Khasiat Belut:

Sekiranya diamalkan memakan belut, ia dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menstabilkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis. Belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi. Ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan.


Jangan geli makan belut ni sebab ia banyak khasiat dan baik utk kulit.

Saturday, July 9, 2011

Bosan dengan masalah line streamyx

Assalammualaikum wbt,

Agak lama tak update blog ni. Bukan sebab sibuk dgn tugas harian tapi disebabkan masalah line internet yg aku gunakan. Semakin hari semakin lembab line streamyx ni entah apa sebab aku pun tak tau. Dah call pihak TM tapi masalah ni tetap berlaku. Macam mana nak selesaikan masalah ni. Ada ke rakan-rakan blogger yg menghadapi masalah yg sama? Jom kita bincang.
Daisypath Anniversary tickers