Thursday, March 15, 2012

Resepi Udang Goreng Kunyit

Salam sejahtera semua.

Kali ni aku nak kongsi resepi udang goreng kunyit. Mudah dan cepat utk disediakan dan yg penting sedapp... So jom kita ke dapur..



Bahan-Bahan

15 ekor udang sederhana besar
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
3 tangkai cili kering atau cili hidup
1/2 sudu kunyit
minyak untuk menumis
sedikit garam.

Cara caranya

Gaulkan udang bersama kunyit dan garam.
Potong bawang besar dan bawang putih, cili kering digunting (boleh tukar cili hidup.)
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumis bawang putih, bawang besar yg dipotong tadi
masukan cili kering
bila dah naik bau bawang tadi boleh dimasukan udang yg digaulkan dgn kunyit dan garam tadi.
tunggu sehingga udang tadi masak dan boleh dihidangkan.

Inilah bahan-bahannya

 Udang yg digaul dgn garam dan kunyit

Dah siap utk dihidang. 
Selalunya udang masak kunyit ni kering, saja aku tambah air biar ada kuah sikit heheheh...

p/s: Kalau nk nampak menarik boleh tabur daun bawang kat atasnya.

Catatan:
Boleh tambah sayur seperti bunga kobis atau kentang.


selamat mencuba...