Carsemerbak menjadi fenomena baru dalam wangian kenderaan. paling hot masa kini. dengan isian semula yg lebih jimat dan ekonomik. Dapatkan sekarang dan hubungi saya 019-5993373 (saadon).
Kami juga sedang mencari pengedar dikawasan anda. Jadilah orang pertama yg mengedar wangian kereta istimewa ini ditempat anda.
Pilihlah Hot perfume dari Carsemerbak. " Pakar wangian kereta anda"
Monday, July 30, 2012
Friday, July 20, 2012
Kijang emas Maybank
Cerita Mak aku dulu masa muda-muda beli buah kalung emas dgn nilai RM600.00 pada tahun mak aku beli 1958 lebih kurang. Berat aku tak ingat, tapi apa yg aku nak cakap ni, pada tahun 2008 mak aku nak lebur buat gelang. Bawak pergi kedai emas. nak tau berapa harga kedai emas ambik. hehehe.. RM 2300.00 Wahh!! memang berbaloi. tapi mak aku sayang pulak dia tak jadi nak lebur buat gelang terus dia simpan utk pakai je. (jgn ada perompak baca blog aku ni pi rompak mak aku sudah hehehe..)
Barang kemas dulu-dulu memang berat dan berkualiti. cuma barang kemas sekarang ni je nampak kurang berkualiti, kalau tgk pada gelang wife aku pakai tu nampak nipis je tapi harga mahal.
Dengan adanya emas kita boleh guna waktu terdesak, boleh gadai kat Ar-rahnu. Dapat 60% dari nilai emas tu. Sebab tu org dulu-dulu beli emas utk tujuan terdesak bukan utk hiasan je, seperti nak bayar yuran anak sekolah ke, bayar yuran universiti anak ke dan macam-macam lagi.
So jom melabur dalam emas. Kalau yang kurang fahap bab emas ni dlm blog-blog ada banyak yang cerita pasal emas dan cara nak melabur. korang boleh google tajuk-tajuk jutawan emas atau boleh ke link link ni.
http://jutawanemas.com/v1/
http://www.pokli.com/
Wednesday, July 18, 2012
Nota Jutawan Nota Perniagaan - Irfan Khairi
Buku Nota Jutawan Nota Perniagaan oleh Saudara Irfan Khairi ni memang cukup menarik dan padat. pengisian nya seperti buku nota kaki, penuh dengan panduan ringkas utk memulakan perniagaan. InsyaAllah tak rugi beli buku ini. Dapatkan dipasaran sekarang.
Tuesday, July 17, 2012
Masa Untuk Emas - Azizi Ali
Buku Masa untuk emas adalah salah satu koleksi buku yang berkaitan emas yang aku beli sejak tahun 2011. Menarik utk dibaca sebagai pengetahuan berkenaan pelaburan dalam emas. Sejak kebelakangan ini pelaburan emas telah menjadi salah satu cabang pelaburan yang baik serta menguntungkan.
Buku ini ditulis dalam bahasa mudah, memberi petunjuk kepada anda bagaimana membuat keputusan dengan baik dan selamat ketika melabur dalam emas. Diterangkan juga kelebihan dan kekurangan dalam pelaburan emas.
Tajuk: Masa Untuk Emas
Harga: Rm 39.90
Harga: Rm 39.90
Terbitan: Truewealth Sdn. Bhd.
Penulis: Azizi Ali (MBA ChFC)
P/S : Melabur dalam apapun pelaburan yang ada tetapi mesti dipastikan ia betul-betul selamat dan tidak menyalahi undang-undang negara serta hukum agama.
Thursday, July 12, 2012
Buku Indahnya Hidup Bersyariat
Buku Indahnya Hidup Bersyariat memang sesuai sangat utk mereka yg nak belajar ilmu fardu ain. Lengkap dengan gambar berwarna, tersusun, dan mudah difahami pengajaran step-by-step memudahkan utk yg baru belajar.. Disampaikan oleh Dato Hj. Ismail kamus. Keluaran Telaga Biru. harga memang berpatutan. RM 55.00 sahaja. Kalau ada promosi lagi murah. Setiap rumah mesti ada buku ni.
Saturday, July 7, 2012
Kasut anak abah
Inilah kasut yang perlu anak aku pakai utk membiasakan kaki dia lurus dan tegak semula.
Kasut ni bukan beli tapi dapat dari hospital kerjaan. pakai ni pada waktu malam je, kalau siang jgn harap dia nak pakai. Mengamuk suruh orang buka, rimas agaknya. Buat permulaan je lama-lama dah biasa ok kot.
Sesi Fisioterapi Anak Abah
Pada minggu lepas aku kena bawak anak aku yg nombor dua iaitu Muhammad Najmie pergi buat fisioterapi kat hospital sungai petani. Baik-baik semua ahli fisioterapi kat hospital tu. Tapi anak aku pulak buat perangai tak mau buat fiso asyik nak mengamuk je.
Seperti biasa mereka mengajar kami cara reganggan yg betul pada kaki anak aku ni, sambil diajar cara berjalan. Sebulan sekali kami akan datang lagi buat fisio.
Kalau diikutkan umur anak aku sekarang dah 1 tahun 8 bulan. Kanak-kanak yg sebaya dengan dia dah boleh berlari. Mungkin ini dugaan buat kami sekeluarga. Apa pun abah dan mama akan usaha sedaya upaya membantu anak abah ni supaya boleh berjalan seperti kanak-kanak lain.
Book Rich dad poor dad
Masa pi shopping kat sungai petani tempoh hari aku singgah satu kedai buku, dalam fikiran nak beli buku untuk anak sambil-sambil tu terjumpa buku ni. tajuk dia Rich Dad Poor Dad, tulisan Robert T. Kiyosaki. Asal buku ni dalam bahasa inggeris dan dah lama pun keluar. Tapi yg aku jumpa ni ialah versi Bahasa Melayu. Apa lagi aku terus beli.
Pandangan aku buku ni memang menarik utk kita pelajari dalam kewangan peribadi kita. kemana aliran duit kita,kesilapan kita membina liabiliti yg kita sangka ia adalah aset utama dalam kewangan kita. klau nak tau apa itu liabiliti dan aset kena dapatkan buku ni hehehe.. memang menarik dan berbaloi kalau beli.
Harga: Rm21.00
Jumlah Muka Surat: 232
Kategori: Bantu diri, bisnes dan pengurusan, kewangan.
Terbitan: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Petikan dari buku tersebut:
" Kita menghabiskan masa bertahun-tahun di sekolah, tetapi tidak belajar apa-apa berkenaan wang. Inilah sebab utama kenapa kita menghadapi masalah kewangan. Akibatnya, kita hanya belajar cara bekerja untuk wang, bukannya belajar cara menjadikan wang bekerja untuk kita". (Robert T. Kiyosaki)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
- Aksi Remaja Bawah Umur (3)
- Al-quran Cordoba (2)
- Anak Abah (5)
- anak demam (1)
- anak kuning (1)
- Artis (4)
- baby hilang (1)
- Bacaan Talkin (1)
- baja AB (1)
- Baja Organik (3)
- baju ramping (1)
- berita semasa (3)
- Bersetubuh (1)
- bisnes kad (1)
- boboiboy (1)
- Bogel (1)
- book (5)
- Boroi (2)
- buku (5)
- carsemerbak (7)
- charlie (1)
- contest (3)
- custom made (1)
- cuti (2)
- ez jet water cannon (1)
- Filem (4)
- giatmara (2)
- hidropot (1)
- Homestay (3)
- hot perfume (7)
- Ibu Kental (1)
- Imam Muda (1)
- Jom Sihat (1)
- Jus Roselle (1)
- Kenangan Raya (1)
- khatan (1)
- kit cendawan (1)
- kumbang charlie (1)
- kumbang rove (1)
- kursus masakan (2)
- Lawak ker?? (4)
- Lirik Lagu (7)
- Lirik Lagu awan nano (1)
- Lirik lagu tiga kata KRU (1)
- Matrikulasi (1)
- Muzik Video (2)
- otak bayi (1)
- Pancing (1)
- pelaburan emas (1)
- Petua (1)
- Petua Mak (1)
- rakan blogger (11)
- rawatan charlie (1)
- resepi (3)
- SANTAPAN ROHANI (6)
- sedetik lebih (1)
- semakan gaji kakitangan kerajaan (1)
- serangga chralie (1)
- singlet slim (1)
- solat jemaah (2)
- stevia (1)
- sunat (1)
- tabasco sauce (1)
- Telekung (3)
- Telekung budak (2)
- Tokek (1)
- Umum (23)
- ustaz don (1)
- video seks pemimpin malaysia (2)
- wakaf akhirat (1)
- wakaf tanah (1)
- wangian kereta (5)