Wednesday, January 9, 2013

Resepi Pajeri Rambutan

Resepi Pajeri Rambutan.



Bahan-bahan ( 3-4 orang )
* 10 biji BUAH RAMBUTAN
* 2 sudu besar rempah kari daging
* 2 cawan santan pekat
* 1btg kulit kayu manis
* 1 biji bunga lawang
* 2 biji bunga cengkih
* 2 sudu besar udang kering
* 2 ulas bawang putih
* 5 ulas bawang merah/ 1/2 biji bawang besar
* minyak untuk menumis
* 1/4 keping gula melaka
* garam secukup rasa

Cara-cara

1. Blend bawang putih, bawang merah, udang kering. Gaulkan dengan rempah kari.
2. Tumis bahan blend tadi dgn rempah kari , kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga pecah minyak.
3. Masukkan santan, biarkan sampai mendidih.
4. Kemudian masukkan BUAH RAMBUTAN, garam dan gula melaka. Masak sehingga kuah pekat.
5. Rasakan masin manisnya. kalau ada yg terkurang bolehlah ditambah.

No comments:

Post a Comment