Saturday, September 15, 2012

Lal Baba Mampu Angkat Batu 30 Kilogram Guna ‘Penis’!

Lal Baba dari India adalah orang yang berbadan agak pendek sehingga dia harus berdiri di atas dua batu bata untuk mengangkat batu segi tiga seberat 30Kg beberapa sentimeter dari tanah.
Walau hanya mengangkat beberapa sentimeter tapi tetap saja sangat berbahaya untuk keselamatan zakar.
Geng dukun ini melakukan hal ekstrem untuk menunjukkan secara jelas bahawa mereka mempunyai keyakinan dan kepercayaan agama yang mereka anuti.


Di dalam kekuatan mereka tidak menunjukkan gaya hidup seksual, tetapi mereka percaya yang mereka mampu mengawal dan mencegah nafsu-nafsu seksual, menyimpan tenaga itu sehingga secara mistik boleh diubah menjadi kekuatan fizikal dan spiritual.
Macam-macam hal…. – Informasi Dot My


Tuesday, September 4, 2012

Insiden tunjuk punggung


Polis hari ini menahan seorang pelajar kolej berhubung tindakan beberapa orang peserta semasa sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka pada malam Jumaat lalu.

Lelaki berusia 19 tahun itu difahamkan ditahan di sebuah kolej di Cheras, Kuala Lumpur pada tengahari tadi.
Dalam kejadian pada Jumaat malam lalu, seorang lelaki dilaporkan menunjukkan punggungnya pada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga gambar isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam gambar insiden tersebut yang kini beredar di Internet, seorang lelaki dalam lingkungan usia 20-an, kelihatan melondehkan seluarnya dan turut menunjukkan punggungnya pada gambar Najib, Rosmah serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.
Tindakan menunjukkan punggung tersebut menerima kecaman pelbagai pihak termasuk Umno, PAS dan PERKASA.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata sebelum ditahan, pelajar berusia 19 tahun dari Batu Pahat, Johor itu dibawa oleh ibu dan bapanya untuk bertemu pengurusan kolej berikutan gambar anaknya tersiar di akhbar dan dikaitkan dengan kejadian itu.
    
"Kami difahamkan oleh orang awam bahawa pelajar semester tiga Diploma Multimedia Kreatif itu telah pulang ke kampungnya di Batu Pahat selepas malam kejadian akibat takut dengan perbuatan yang dilakukannya.
    
"Justeru, kami telah memohon kerjasama kolej bagi memujuk pelajar itu untuk kembali ke kolej, dan hari ini beliau telah di bawa oleh ibu bapanya kerana dimaklumkan pihak pengurusan kolej ingin bertemunya tanpa memberitahu polis sedang mencarinya," katanya kepada pemberita selepas menemui pelajar itu di Ibu Pejabat Balai Polis Daerah Dang Wangi.
    
Abdul Jalil berkata dua pelajar lelaki yang juga rakan sekolej suspek yang berada bersamanya di Dataran Merdeka pada malam itu turut tampil menjadi saksi dan memperakui perlakuan yang dilakukan pelajar tersebut.

Ditanya sama ada tindakan pelajar itu dipengaruhi mana-mana parti politik, beliau berkata setakat ini siasatan ke atas insiden berkenaan belum menjurus ke arah itu.
    
"Berdasarkan percakapan awal dengan pelajar yang juga anak bongsu daripada dua adik beradik itu, beliau mengakui hadir ke Dataran Merdeka bagi menyambut malam ambang merdeka," katanya.
    
Abdul Jalil berkata bagi melengkapkan siasatan, polis akan mengunjungi kediaman pelajar itu untuk mencari baju serta pakaian yang dipakainya pada malam kejadian.
    
Dalam perkembangan sama, beliau meminta 10 lagi individu yang dikaitkan dengan insiden memijak dan membawa bendera 'baharu' Malaysia supaya tampil ke mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.
    
"Alamat 10 individu itu telah diketahui, namun ketika dikunjungi, individu berkenaan tidak lagi tinggal di situ," katanya.
   
Sebelum ini, Polis Diaraja Malaysia membentuk tiga pasukan khas untuk menyiasat tindakan peserta perhimpunan itu yang membawa bendera "baru" Malaysia, memijak gambar pemimpin dan menunjuk punggung di khalayak ramai berdasarkan Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 290, 504 dan 509 Kanun Keseksaan.



sumber berita : MalaysiaKini
sumber gambar : Gosip Rakyat

Tuesday, August 28, 2012

Ustaz Don Dah Kahwin??

Mesti ramai mak cik-mak cik dan anak-anak dara kat luar sana menangis sebab ustaz Don Daniyal dah kahwin. Ustaz ni merupakan ustz yang mengendalikan rancangan 30 Minit Bersama Ustaz don di TV Al-Hijrah. memang best rancangan tu.

Kalau tgk majlis kahwin dia biasa-biasa sahaja dan cukup sopan pakaian yg dipakai oleh dua pasangan pengantin ni. Wife ustaz Don nama Husna katanya seorang doktor.

Apa pun semoga jodoh anda berdua kekal keakhir hayat. Bagi mak cik- mak cik yang sedih sebab nak jodohkan anak dia kat utz don, jgn risau.. ustaz don ada 3 lagi kuota kosong hehehehe.. gurau je..

Oppa Gangnam Style

Fenomena lagu korea Oppa Gangnam style melanda dunia pulak. Org lain dok kesah pembunuhan umat islam di myanmar dan syria boleh pulak keluar video lagu korea ni (Saja nak melalaikan org islam kot). Kalau korang tak tau apa itu Oppa gangnam style ni boleh tgk kat youtube. Lagu korea terbaru dari PSY.PSY ni adalah artis korea bukan artis malaysia pun hehehe bukan hensem penyanyi ni, tapi lagu dan video dia nampak lain dan menarik. (bagi aku tgk mcm entah apa2 tergedik2 je).

Video dalam youtube dah mencecah 60 juta penonton dan anggaran 3 juta penonton dalam sehari. Memang gempak, kalau nak cepat glemor buat video merapu macam dia ni hehehe... katanya Gangnam ni nama tempat org kaya-kaya kat korea. sebab tu video dia buat aksi2 org kaya-kaya.

kalau nak layan lagu ni boleh le ronda kat youtube. taib "oppa gangnam style". Dah ramai org tiru video gaya tarian dan lagu oppa gangnam style ni.

Monday, August 27, 2012

Selamat Hari Raya

Sori sebab lama tak online, sibuk dengan urusan kerja dan keluarga. Kita baru je lepas sambut raya. Sempena masih suasana hari raya saya nak ambil kesempatan ini utk mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua rakan-rakan blogger dan jika ada kekasaran bahasa, terlanjur kata, tertinggi suara harap dimaafkan.

Saturday, August 11, 2012

Resepi Maulah Ikan Wadik


1. Ikan sapat.ikan kalik.ikan haruan. di basuh bersih2
2. Dipaja hulo barang dua tiga hari supaya ikan tu kacut.
3. Disanga baras hingga kakuningan dan ditumbuk atawa digiling.jangan terlalu lumat.
4. Ambil guri haloi atawa tuppeware.
5. Dibawah sekali andaki garam kasar awan asam kaping (asam galuggor) imbah tu disusun ikan yg dah di paja tu'tik. taburkan jua baras sanga yg siap ditumbuk tadih. dah siap satu susunan taburkan balik garam, asam,baras sanga.
6. Buat baselang seli.
7. Banyu ikan ba'paja tu djarang dingin akan hanyar di tuang . jangan terlalu banyak banyu nya. sikit haja.

perhatian.
garam kasar awan asam kaping biar banyak. kalo kuarang ikan babau harok. kada harum kina.
selamat mancuba. 

P/S: Ini adalah bahasa org banjar.
Kredit utk RATUDUYUNG Link MYPBM

Tuesday, August 7, 2012

Promosi Raya Carsemerbak


Promosi Wangian Kereta Jenama Carsemerbak kini Cuma RM 10.00 sahaja!!
Terdapat Enam Wangian

  • Lemon
  • Amber
  • Vanilla
  • Pacific Air
  • Green Apple
  • Aqua
Maklumat lanjut hubungi 012-5648649 Saadon

PROMOSI AKAN DITUTUP PADA BILA BILA MASA SAHAJA. CEPAT!!!
Daisypath Anniversary tickers