Friday, April 8, 2016

Baja Roti

Semangat nk buat baja roti atau booster utk tanaman kita yang mudah dan menjimatkan.
Bahan utama
1 kpg Roti Gardenia (biskut 4 segi keping pun boleh)
air tapis, atau air hujan. (tak mau air yg berklorin spt air paip)
botol atau bekas utk simpan baja roti.

Cara buat dia..
Saya menggunakan botol plstik 1.5 liter
jadi roti yg saya letak 1.5 keping.
potong kecil2 dan masukan dlm botol.
isi botol dgn air tapis atau air hujan sampai penuh.
dah penuh tutup lubang botol tu dgn kain dan ikat.
peram roti dalam botol tu selama 3-5 hari utk dijadikan baja.

selepas cukup matang hari pemeraman air yg dlm botol tu dan
boleh digunakan utk dijadikan baja utk tumbuh-tumbuhan anda.

Kaedah guna booster ni adalah dgn siraman atau semburan.

Jgn terus curah air baja roti tu ke tanaman anda takut nanti tanaman anda akan mati. guna sukatan 1:4 air hujan atau air tapis.

seminggu sekali je guna baja roti ni tau.. jgn siram hari2 nanti mati pokok korang jangan cari saya hihihi..
Baja roti ni sekadar baja sampingan utk tumbuhan, jadi pastikan juga tumbuhan dpt baja yg lain juga..

Selamat mencuba...............



No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers