Wednesday, January 3, 2018

Resepi kuey teow teng

Kuey Teow th'ng
Mudah dan sedap

Bahan-bahan:
4-5 ketul ayam (elok bahagian dada)
1 biji sengkuang
1/2 @ 1 kiub pati ayam
Sedikit halia
Sedikit gula batu
Sedikit garam

Cara-cara:

1. Rebuskan ayam bersama, halia, sengkuang yg di potong besar.
2. Masukkan gula batu.
3. Rebuskan hingga mendidih.
4 Masukkan garam dan kiub ayam.
5.Toskan ayam. Ayam ni untuk diracik halus sebagai hiasan makan bersama kuey teow
6. Masukkan bahagian bawah daun bawang.. Siap.

Minyak Bawang Putih/ Bawang Putih Goreng

3 labu bawang putih di buang kulit dan di cicang halus. Panaskan minyak dengan api yang kecil. Goreng bawang putih sehingga garing. Hidangkan dalam bekas hidangan.

Sambal

Panaskan 2 /3 sudu besar minyak. Masukkan cili boh. Masukkan garam, sedikit kiub ayam dan  gula apabila sudah pecah minyak. Masak cili sehingga garing. Hidangkan dalam bekas hidangan.

Dah siap. Dalam bekas hidangan akan ada:
1. Koay teow yang telah di celur
2. Ayam yang telah di racik
3. Fishball / fishcakes yang telah di potong dan di celur
4. Taugeh yang telah di celur
5. Sambal
6. Minyak bawang putih
7. Cabai potong + kicap
7. Daun Bawang

Blog kerani sekolah

Assalammualaikum..

Dok ronda2 tengok blog orang saya terjumpa satu blog kerani sekolah.
Bagus blog tu ada macam-macam panduan tugasan harian sebagai seorang kerani sekolah.

1) Panduan mengisi maklumat HRMIS
2) Panduan permohonan kenaikan pangkat untuk Pegawai Perkhidmatan pendidikan melalui laman web epangkat
3) Panduan pengisian maklumat dalam espkws.

Anda boleh layari laman web: https://teratak7.wordpress.com/

Layari Blog tersebut teratak7.wordpress.com

Thursday, October 12, 2017

Mencari sumbangan wakaf untuk tanah perkuburan masjid sintok bugis KKM





Assalammualaikum wbt. Jom sama sama kita berwakaf. Masjid sintok bugis, kota kuala muda, kedah sedang mencari dana untuk tanah perkuburan. Harga sekaki RM25. Bayaran boleh di bankin Bankin bank islam no. akaun: 02020020079528.
Untuk maklumat lanjut tuan/puan boleh hubungi pihak jawatankuasa masjid Ust Sobri 017-4378277 Semoga sumbangan tuan/puan diberkati dan tuan/puan dimurahkan rezeki serta diberi kesihatan yg baik. Amin..

Kongsikan bersama gambar ini, semoga ada antara kawan2 kita yang terbuka hati utk berwakaf dgn secara tak langsung kita mendapat sedikit pahala dari sumbangan rakan2 kita itu.

#sumbanganwakaf
#wakafmasjid

Wednesday, March 22, 2017

DIY hidroponik menggunakan bahan terbuang

Assalammualaikum..
Hari ni saya nak berkongsi dengan tuan / puan cara DIY buat hidroponik, atau hidropot menggunakan bahan-bahan terbuang. Tanaman ini sungguh jimat dan bagus untuk mereka yg suka bertanaman tetapi mempunyai ruang yang kecil seperti tinggal di apartment dan rumah pangsa.

Jimat belanja dapur kalau tanam sayur dalam hidropot ni. Ayuh kita lihat cara-caranya..



Bahan Bahan Diperlukan:

2 Botol air 1.5 liter (satu utk isi air baja AB dan satu botol kosong utk buat hidropot.
1  mop yg dah tak guna.
Gunting
Pisau dan
cocopeat (Sabut kelapa hancur)

Cara-caranya
1) Gunting tali mop 2 atau 3 helai.
2) Potong botol kepada 2 bahagian.
3) guna gunting atau pisau
4) tebuk lubang pada penutup botol untuk memasukan tali kain mop yang dipotong tadi.
5) Isi cocopeat pada botol yg telah dimasukan tali mop.
6) Isi air baja AB pada bahagian kedua botol.
7) Tambahkan air baja AB pada bahagian cocopeat.
8) Sekarang dah boleh semai benih dan masukan kedalam cocopeat utk tanam.

Selamat berkebun...
Kongsi dengan rakan video ini semoga lebih ramai yg tahu cara tanaman sayur tanpa tanah dan mudah hanya menggunakan bahan terbuang.

Cara buat hidropot guna baja AB

Saturday, March 4, 2017

Panduan Bancuhan baja AB

Sukatan baja AB
5ml baja A
5ml baja B
Campurkan kedalam 1.5 liter air biasa.
BajaAB yg dah siap bancuh boleh di siram atau tuang dlm botol hidropot atau boleh siram pada pasu.

Siram 1 minggu sekali. Hasilnya pokok akan jadi subur dan sihat.

untuk tempahan baja AB hubungi zubir 0125648649


Friday, February 10, 2017

Kit Cendawan, Tuai Dirumah







Assalammualaikum.. hari ni nak memperkenalkan kit cendawan yg cukup mudah dan murah.. boleh tuai dirumah.. Boleh campur dengan lauk sayur, buat sup cendawan, cedawan goreng pun sodap. Kalau dah gitu apa kata beli kit tanam cendawan ni. Tak mahal, murah jer dan jimat belanja beli sayur.

Tak perlu ada tempat yang besar. Asal ada tempat yang bersih dan sesuai sudah. Pun tak  payah letak kat cahaya matahari.... boleh jer tanam dalam rumah. Just spray2 jer bagi basah kuyup bongkah tu. Tapi jangan kuat2 sangat spray tu... terpelanting plak benih2 yang nak tumbuh tu.

Apalagi... Jom tanam cendawan di rumah. Alami pengalaman menarik ini.... Nak tak....? Anda pasti teruja dengan keunikannya.

Info tentang Lady Mushroom Fun Box Kit. Anda hanya perlu.....
1. Bukak penanda pada kotak dan spray....
2. Jauhkan drp matahari...
3. Letak tempat bersih...
4. Tunggu : 4 - 14 hari boleh tuai.....
5. Satu kit dapat tuai dalam 4 - 6 kali...

Amat sesuai sangat2...
1. Sebagai education kit utk anak2, tadika, sekolah
2. Hadiah , birthday present dll
3. Para2 ibu yg ambil berat pasal pemakanan
4. Dapat terapkan nilai2 murni & tanggungjawab dalam diri kanak2.

 Khasiat cendawan....
1. Vitamin B utk fungsi sistem saraf
2. Protein boleh gantikan ayam
3. Kalori rendah, sesiapa2 nak diet sesuai
4. Vitamin D utk tulang dan gigi
5. Antioksida
6.  Riboflavin utk sel darah merah

Apa lagi harga mampu milik.... murah jer dibandingkan dengan kebaikannya...


Harga : RM28 sekotak (kit)
Postage : 1 kit RM9 
                2 kit RM12


Beli 12 kotak(kit)  RM300 + Free 2 kotak(kit)



Berminat?? boleh hubungi saya di 012-5648649

Tuesday, August 16, 2016

Panduan HRMIS DATA SEJARAH CUTI - PENTADBIR CUTI

Panduan HRMIS DATA SEJARAH CUTI - PENTADBIR CUTI



Panduan HRMIS Isytihar Harta Wang Simpanan

Panduan HRMIS Isytihar Harta Wang Simpanan



panduan HRMIS Isytihar Harta- Maklumat Pendapatan Bulanan

panduan HRMIS Isytihar Harta- Maklumat Pendapatan Bulanan



panduan HRMIS Isytihar Harta Tanah Pusaka

Panduan HRMIS Isytihar Harta Tanah Pusaka



Panduan HRMIS Isytihar Harta Rumah Kediaman ( 2 Penama)

Panduan HRMIS Isytihar Harta Kenderaan Bermotor ( Selesai Bayaran)






Panduan HRMIS Isytihar Harta Kenderaan Bermotor ( Selesai Bayaran)





Panduan HRMIS Isytihar Harta Kenderaan Bermotor ( Selesai Bayaran)

Panduan HRMIS Isytihar Harta Kenderaan Bermotor (Ansuran)





Panduan HRMIS isytihar harta kenderaan Bermotor (Ansuran)

Sunday, July 17, 2016

Nenek 71 tahun kahwin remaja 17 tahun

LONDON – Seorang janda berusia 71 tahun ber­kahwin dengan remaja berusia 17 tahun selepas me­reka berkenalan semasa bertemu pada majlis pengebumian anak lelaki wanita tersebut.
Daily Mirror melaporkan, Al­meda Erell yang memiliki empat anak berkata, dia tidak sangka akan bertemu jodoh dengan Gary Hardwick yang ditemuinya semasa pen­gebumian anak lelakinya, Robert, 45, yang meninggal dunia akibat penyakit sawan.
“Di sebalik kesedihan kerana pemergian Robert, saya ber­temu jodoh buat kali kedua de­ngan lelaki yang muda 54 tahun daripada saya.
“Saya tidak pernah terfikir sama sekali apabila Hardwick yang merupakan rakan baik isteri Robert menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan saya,” katanya yang turut mempunyai seorang cucu berusia 21 tahun iaitu tiga tahun lebih tua daripada suaminya sendiri.
Kata Erell, dia terkejut besar apabila seorang remaja yang ketika itu baru berusia 17 tahun mempunyai keinginan terhadap seorang wanita berstatus nenek.
“Saya tidak berniat mencari pasangan muda tetapi dilamar oleh Hardwick. Saya katakan kepada­nya saya mungkin sudah gila te­tapi kami saling menya­yangi selepas itu,” ujarnya.
Erell yang kematian suami pertama, Donald, 43, pada tahun 2013 akibat penyakit ken­cing manis membuat keputusan me­langsungkan majlis per­kahwinan pada satu majlis ringkas pada Oktober tahun lalu.
Hardwick yang kini 18 tahun, masih mempunyai ibu, Tammy yang berusia 48 tahun dan nenek, Carolyn yang sebaya dengan isterinya sekarang.
“Kehidupan sekarang menjadikan saya berasa seperti seorang remaja semula,” kata Erell lagi. ­– Agensi

Sunday, April 17, 2016

Baja Ajinomoto untuk tanaman

Assalammualaikum wbt sume warga bloger sekelian.
Kali ni saya nak kongsi ilmu tanaman dgn menggunakan ajinomoto yg dijadi kan baja utk tanaman anda.
Tips ini saya ambil dari grup FB Kebun Bandar Jom Tanam Sendiri (KBJTM). 
Bagus grup tu, bnyk ilmu berkenaan tanaman dan panduan berkebun boleh kita dapat dlm grup tu.
Baiklah jom sama-sama kita buat baja AJINOMOTO.

Ni kali ke 2 berbuah. Sebelum ni segan2 malu2 buahnya. Sekali kena ajinomoto, memang lebat sungguh bunga mangga.
Sukatan :
5 sudu makan 1 liter air bagi pokok setahun ke atas.
Bagi pokok-pokok kecil seperti pokok kari, pokok bunga dan yang kurang berumur kurang setahun 1 sudu makan 5 liter air.
Guna air tanpa klorin seperti air tadahan aircond, air hujan atau air paip yang dibiarkan terdedah semalaman atau lebih lama.
Waktu siraman :
waktu redup petang jam 6 ptg ke atas.
Kekerapan :
2 minggu sekali. Siram di pangkal pokok atau sembur pada dedaunan pokok.
Hasil google. Khasiat ajinonomoto pada pokok:
1. Menyuburkan tanaman
Manfaat pertama dari MSG ajinomoto untuk tanaman yaitu dapat menambah kesuburan pada tanaman. Kandungan unsur atrium yang tinggi yang tekandung didalam MSG ajinomoto ini dapat mempengaruhi tingkat kesuburan tanaman tersebut. Dengan menyiram tanaman menggunakan larutan MSG dengan air secara teratur, maka tingkat kesuburan tanaman akan menjadi lebih baik lagi, yang ditandai dengan :
Daun yang lebih hijau
Daun tanaman yang lebat, dan
Tanaman menjadi lebih sehat
2. Mempercepat pertumbuhan tanaman
Manfaat lain dari kandungan natrium yang terkandung pada ajinomoto MSG ini adalah untuk mempercepat proses pertumbnuhan tanaman. Manfaat ajinomoto untuk tanaman yaitu membuat proses pertumbuhan tanaman menjadi lebih cepat, daun menjadi lebih cepat menghijau, dan batang tanaman yang menjadi lebih cepat besar dan berkembang.
3. Mempercepat munculnya bunga
Selain dapat mempercepat pertumbuhan dari tanaman, MSG ajinomoto juga dapat mempercepat proses partumbuhan bunga pada tanaman tersebut. Proses ini diyakini tidak berdampak buruk, karena bunga yang muncul, namun warna dan bentuk dari bunga yang muncul tidak berubah.
4. Memenuhi keperluan nutrisi pada tanaman
Tidak hanya kita manusia dan hewan, tanaman juga ternyata membutuhkan nutrisi yang lengkap untuk dapat bertahan hidup. Biasanya nutrisi untuk tanaman diperoleh dari pupuk-pupuk yang sering kita gunakan. Namun demikian ada kalanya harga pupuk yang sedikit kurang bersahabat, sehingga membuat proses pemeberian makanan atau pemupukan menjadi sedikit terkendala. Sehingga untuk mengatasi hal ini maka anda bisa menggantikan pupuk kimia tersebut dengan menyiramkan tanaman tersebut dengan larutan MSG. Siramkanlah larutan air MSG ajinomoto ini ke tanaman kesayangan anda agar mereka bisa tumbuh subur dan asupan nutrisinya terpenuhi dengan baik.
5. Tanaman menjadi lebih sehat dan tidak mudah mati
Ada juga yang guna campuran minuman redbull seperti terungkap di group A Small House With A Large Garden kelolaan Pn Sara Saad
Kredit to : kak Kay Maria Actress Ori
Sumber: Nur Aidah
Blogger: Kebun Bandar

Friday, April 8, 2016

Baja Roti

Semangat nk buat baja roti atau booster utk tanaman kita yang mudah dan menjimatkan.
Bahan utama
1 kpg Roti Gardenia (biskut 4 segi keping pun boleh)
air tapis, atau air hujan. (tak mau air yg berklorin spt air paip)
botol atau bekas utk simpan baja roti.

Cara buat dia..
Saya menggunakan botol plstik 1.5 liter
jadi roti yg saya letak 1.5 keping.
potong kecil2 dan masukan dlm botol.
isi botol dgn air tapis atau air hujan sampai penuh.
dah penuh tutup lubang botol tu dgn kain dan ikat.
peram roti dalam botol tu selama 3-5 hari utk dijadikan baja.

selepas cukup matang hari pemeraman air yg dlm botol tu dan
boleh digunakan utk dijadikan baja utk tumbuh-tumbuhan anda.

Kaedah guna booster ni adalah dgn siraman atau semburan.

Jgn terus curah air baja roti tu ke tanaman anda takut nanti tanaman anda akan mati. guna sukatan 1:4 air hujan atau air tapis.

seminggu sekali je guna baja roti ni tau.. jgn siram hari2 nanti mati pokok korang jangan cari saya hihihi..
Baja roti ni sekadar baja sampingan utk tumbuhan, jadi pastikan juga tumbuhan dpt baja yg lain juga..

Selamat mencuba...............



Tuesday, November 10, 2015

Cara Buat Baja Organik Yang Mudah.

CARA BUAT BAJA ORGANIK YANG MUDAH.

Cara Buat Baja Organik Yang Mudah.

Kalau dirumah kita biasa buang sahaja lebihan sayur atau buah-buahan yg dah rosak dan busuk.

bahan-bahan nak buat baja ni cukup mudah, hanya perlu sisa dapur seperti buah-buahan atau sayuran, air basuhan beras dan gula merah. Yang penting jangan guna bahan yg dah dimasak dan berminyak.

Mari kita cuba buat baja dari bahan terbuang tadi utk digunakan pada tanaman kita.

IKUTI 8 LANGKAH MUDAH INI:

1- Gula merah satu cawan dan 2 sudu gula putih.
2- Kacau gula merah dalam satu cawan air suam.
3- Air basuhan beras.
4- Lebihan sayur-sayuran buah-buahan yg dah busuk atau dah rosak. (ramas atau hancurkan sedikit bahan tadi)
5- Campurkan semua bahan tadi dan gaul dalam 1 bekas besar. (saya guna bekas plastik yg besar terpakai)
6- Simpan semua bahan tadi atau peram bahan tadi selama sebulan.
7- Air dari perapan bahan sayur dan buah tu dh boleh guna sebagai baja organik.
8- Gunakan nisbah 1cawan air baja dgn 3 cawan air kosong. utk cairkan baja tu.

#### Selamat Mencuba

Share / Like  kalau berguna utk semua.


Saturday, February 22, 2014

Doa Sebelum Bersetubuh / jimak dengan isteri

Kepada bakal pengantin lelaki elok anda menghafal doa sebelum bersetubuh / jimak dengan isteri. Ini kerana ia adalah sunnah nabi Muhammad dan baik utk diamalkan.

Semoga zuriat anda yg akan lahir nanti akan terjaga akidahnya serta imannya. Menjadi anak yg soleh dan mendengar kata.

Dizaman yg akan datang bermacam cabaran yg lebih hebat kepada para ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Semoga dengan menyediakan benteng ini akan terselamatlah akidah anak-anak kita nanti.




Video cara baca doa sebelum bersetubuh.

Thursday, November 28, 2013

Jom Pancing ikan di laut pantai merdeka.


Anda kaki pancing?

Suka pada cabaran memancing di laut?

Merasai keseronokan memancing? 

Mencari aktiviti percutian yang menarik?

Kepada rakan-rakan kaki pancing yg ingin menyewa bot utk memancing di sekitar pantai merdeka boleh hubungi nombor ni.
En Zubir 012-5648649
Kami menyediakan harga pakej yang menarik dan berpatutan untuk anda.
Tempat penginapan homestay di sekitar kawasan pantai merdeka dan kota kuala muda.
Jangan lepaskan peluang merasai pengalaman menangkap ikan di pantai merdeka.
Dan menjadikan satu pengalaman yang terindah untuk anda.
Hubungi En. Zubir: 012-5648649 untuk maklumat lanjut.

#jompancing
#pantaimerdeka
Daisypath Anniversary tickers