Wednesday, March 22, 2017

DIY hidroponik menggunakan bahan terbuang

Assalammualaikum..
Hari ni saya nak berkongsi dengan tuan / puan cara DIY buat hidroponik, atau hidropot menggunakan bahan-bahan terbuang. Tanaman ini sungguh jimat dan bagus untuk mereka yg suka bertanaman tetapi mempunyai ruang yang kecil seperti tinggal di apartment dan rumah pangsa.

Jimat belanja dapur kalau tanam sayur dalam hidropot ni. Ayuh kita lihat cara-caranya..



Bahan Bahan Diperlukan:

2 Botol air 1.5 liter (satu utk isi air baja AB dan satu botol kosong utk buat hidropot.
1  mop yg dah tak guna.
Gunting
Pisau dan
cocopeat (Sabut kelapa hancur)

Cara-caranya
1) Gunting tali mop 2 atau 3 helai.
2) Potong botol kepada 2 bahagian.
3) guna gunting atau pisau
4) tebuk lubang pada penutup botol untuk memasukan tali kain mop yang dipotong tadi.
5) Isi cocopeat pada botol yg telah dimasukan tali mop.
6) Isi air baja AB pada bahagian kedua botol.
7) Tambahkan air baja AB pada bahagian cocopeat.
8) Sekarang dah boleh semai benih dan masukan kedalam cocopeat utk tanam.

Selamat berkebun...
Kongsi dengan rakan video ini semoga lebih ramai yg tahu cara tanaman sayur tanpa tanah dan mudah hanya menggunakan bahan terbuang.

No comments:

Post a Comment