Friday, March 4, 2011

The Malay Chronicles: Bloodlines (Extended Trailer)


Trailer filem Hikayat Merong Mahawangsa atau versi international The Malay Chronicles : Bloodlines
Filem ini bakal ditayangkan pada 10 Mac 2011. Terbitan KRU Studios.
Filem ini merupakan antara filem Malaysia yg termahal dari segi kos pembikinannya yg menelan belanja Rm6.82 juta.

Sinopsis filem Hikayat Merong Mahawangsa seperti yang disiarkan oleh sinemamalaysia.com yang bermula sekitar tahun 120 apabila Empayar Rom dibawah pemerintahan Hadrian manakala Dinasti Han di negara China sedang memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Garuda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Garuda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?

Tontonlah filem ini, ia menjanjikan pengalaman baru dalam industri perfileman negara.

Hikayat Merong Mahawangsa dibintangi oleh Stephen Rahman-Hughes, Jing Lu, Gavin Stenhouse, Craig Robert, Fong, Eric Karl Henrik Norman, Keith Chong, Keith Chong, W. Hanafi Su, Dato’ Rahim Razali, Khir Rahman, Ummi Nazeera, Nell Ng, Jehan Miskin, Umi Aida, Kuswadinata, Mano Maniam dan Ravi Sunderlingam.


P/S: Berbangga dengan usaha KRU menghasilkan filem yg bertaraf antarabangsa seperti ini. Tahniah KRU Studios.

No comments:

Post a Comment