Monday, March 21, 2011

Jus Roselle Homemade

Bahan-bahan nak buat jus buah roselle

200gm Buah rosell

Air 600ml

Gula secukup rasa (jangan makan gula lebih2 nanti mengundang penyakit pula)


Cara-caranya

  1. Buah rosell dibasuh bersih, kepak kelopak bunga, buang biji ditengahnya.
  2. Masukan kelopak bunga tadi yg telah disaingkan dari bijinya kedalam periuk bersama 600ml air (aku agak je),
  3. Masak hingga mendidih. Air akan bertukar warna merah.
  4. Dah mendidih boleh la ditapis dan ambil airnya utk buat jus.
  5. Begitu lah cara nak buat jus air rosell. Bila nak buat air rosell tambah air masak dan gula.


Khasiat Buah Rosell (Sumber Jus Rosell keluaran HPA)

Nama saintifiknya ialah Hibiscus Sabdariffa, yang merupakan tumbuhan yang amat tinggi kandungan Vitamin C iaitu melebihi daripada keluarga limau. Sedia untuk diminum terus dan tidak perlu bancuh bersama air. Kelebihan pengambilan Air Minuman Roselle ini ialah:

1. Anti Penuaan

2. Pencegah penyakit kardiovaskular

3. Pencegah kanser

4. Demam panas/selesema

5. Resdung (alahan) dan Asma

6. Stress atau sukar tidur (Insomnia)

Komposisi (310 ml per botol) :
Jus Roselle, sirap dan bahan pengawet yang dibenarkan.

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers