Thursday, February 2, 2012

Anak aku masih belum boleh berjalan

Assalammualaikum wbt,

Kalau difikirkan pasal anak ni macam-macam ada. Yang aku risaukan pasal anak ke dua aku ni kerana masih belum boleh berjalan.

Umur dah 1 tahun 5 bulan kalau ikut hari ni. Normal ke kalau anak sebaya dia masih belum boleh berjalan, kalau tengok anak orang lain umur 9 bulan ada yg dah boleh berjalan.

Kalau merangkak cukup cepat. Org kata kalau anak tumbuh gigi awal lambat berjalan, anak aku ni memang tumbuh gigi awal, Sebab tu ke??

Masa anak sulung dulu memang tiada masalah bab ni.Mai yg nombor dua jadi macam ni pulak risau dibuatnya.

Ada juga pergi bawa ke klinik, doktor cakap itu adalah biasa bagi baby yg lambat berjalan. ada sampai hampir umur dua tahun baru boleh berjalan.

Kalau anak korang macam mana pulak? umur berapa anak korang boleh berjalan?
Jom kongsi disini.

Ni la gambar anak kedua aku nama dia Mohammad Najmi.

P/S: Apapun abah doakan anak abah cepat2 berjalan

2 comments:

  1. Anak saya sekarang hampir mencecah 1 tahun 5 bulanpun masih belum berjalan...gigi diapun dah tumbuh awal. Sekarang dah ade 10 batang gigi.

    ReplyDelete
  2. anak saya pun tumbuh gigi awal. org kata tumbuh gigi awal lambat jalan.

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers