Thursday, May 3, 2012

Rawatan serangga charlie, kumbang charlie kumbang rove

Angkara Serangga Charlie.




Muka anak aku kena serangan serangga charlie atau nama sainsnya Paederus fuscipes. Org kedah panggil Semut wahid. (Serangga ni banyak kat negeri kedah dan utara)
bahaya serangga ni ialah pada cecair yg keluar pada badannya.
cecair itu mengandungi toksin. Kalau kita sentuh serangga ni dan keluar cecairnya terkena pada kulit, kulit kita akan menjadi bengkak dan berair seperti kayap.

Serangga ini hidup dikawasan sawah, sebab tu kat sebelah utara banyak jadi kes-kes macam ni.

- Cara Rawatan -
Cara yg aku buat utk merawatnya ialah dgn sapu jeli gamat pada tempat yg kena. InsyaAllah luka yg kena charlie tu akan cepat kering dan tiada parut.


Bukan nak promosi tapi pengalaman aku Luxor jeli gamat ni memang berkesan utk rawatan kulit yg terkena serangga atau kumbang charlie. InsyaAllah. Aku beli kat farmasi jer. kalau jeli gamat yg lain tu lambat kering. Cubalah..


Thursday, April 5, 2012

Peminat setia boboiboy


Fenomena kartun tempatan terbaru boboiboy.
Tercegat depan tv nak tengok kartun boboiboy. 

Thursday, March 15, 2012

Resepi Udang Goreng Kunyit

Salam sejahtera semua.

Kali ni aku nak kongsi resepi udang goreng kunyit. Mudah dan cepat utk disediakan dan yg penting sedapp... So jom kita ke dapur..



Bahan-Bahan

15 ekor udang sederhana besar
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
3 tangkai cili kering atau cili hidup
1/2 sudu kunyit
minyak untuk menumis
sedikit garam.

Cara caranya

Gaulkan udang bersama kunyit dan garam.
Potong bawang besar dan bawang putih, cili kering digunting (boleh tukar cili hidup.)
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumis bawang putih, bawang besar yg dipotong tadi
masukan cili kering
bila dah naik bau bawang tadi boleh dimasukan udang yg digaulkan dgn kunyit dan garam tadi.
tunggu sehingga udang tadi masak dan boleh dihidangkan.

Inilah bahan-bahannya

 Udang yg digaul dgn garam dan kunyit

Dah siap utk dihidang. 
Selalunya udang masak kunyit ni kering, saja aku tambah air biar ada kuah sikit heheheh...

p/s: Kalau nk nampak menarik boleh tabur daun bawang kat atasnya.

Catatan:
Boleh tambah sayur seperti bunga kobis atau kentang.


selamat mencuba...

Wednesday, February 8, 2012

Sibuk dengan tugas harian

Amboi sibuk benar aku hari ni. sampai tak sempat makan tengahari. Nasib baik ada kawan baik hati belikan makanan untuk aku.

Terima kasih kawan.


Lepas ni sambung balik kerja huhuhu...




Semak betul opis aku, ada org kata yg ni kira ok lagi ada yg lagi semak siap fail bertimbun-timbun sampai tak nampak rupa opis dah.

Monday, February 6, 2012

Saling klik-klik iklan blog rakan-rakan


Setiap kali saya melawat blog rakan-rakan mesti saya akan klik juga iklan-iklan yg ada di blog mereka.
Bukan apa sebagai tanda terima kasih kerana menjadi follower blog saya ni. Apa salahnya jika anda yg melawat blog saya ini sambil membaca entri-entri yg ada ni sambil-sambil klik iklan dalam ni.

So kepada rakan-rakan yang nak saya klik iklan blog korang jadilah follower blog aku iaitu teratak5.blogspot.com

sama-sama dapat sama-sama merasa..

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul buat semua muslim-muslim.

Saksikan ceramah saat-saat terakhir Nabi.
Bertapa kasih dan sayangnya nabi kepada umatnya.





Dan sedikit video Khutbah terakhir Nabi utk pesanan buat kita semua.

Thursday, February 2, 2012

Anak aku masih belum boleh berjalan

Assalammualaikum wbt,

Kalau difikirkan pasal anak ni macam-macam ada. Yang aku risaukan pasal anak ke dua aku ni kerana masih belum boleh berjalan.

Umur dah 1 tahun 5 bulan kalau ikut hari ni. Normal ke kalau anak sebaya dia masih belum boleh berjalan, kalau tengok anak orang lain umur 9 bulan ada yg dah boleh berjalan.

Kalau merangkak cukup cepat. Org kata kalau anak tumbuh gigi awal lambat berjalan, anak aku ni memang tumbuh gigi awal, Sebab tu ke??

Masa anak sulung dulu memang tiada masalah bab ni.Mai yg nombor dua jadi macam ni pulak risau dibuatnya.

Ada juga pergi bawa ke klinik, doktor cakap itu adalah biasa bagi baby yg lambat berjalan. ada sampai hampir umur dua tahun baru boleh berjalan.

Kalau anak korang macam mana pulak? umur berapa anak korang boleh berjalan?
Jom kongsi disini.

Ni la gambar anak kedua aku nama dia Mohammad Najmi.

P/S: Apapun abah doakan anak abah cepat2 berjalan

Daisypath Anniversary tickers