LONDON – Seorang janda berusia 71 tahun berkahwin dengan
remaja berusia 17 tahun selepas mereka berkenalan semasa bertemu pada majlis
pengebumian anak lelaki wanita tersebut.
Daily Mirror melaporkan, Almeda Erell yang memiliki empat
anak berkata, dia tidak sangka akan bertemu jodoh dengan Gary Hardwick yang
ditemuinya semasa pengebumian anak lelakinya, Robert, 45, yang meninggal dunia
akibat penyakit sawan.
“Di sebalik kesedihan kerana pemergian Robert, saya bertemu
jodoh buat kali kedua dengan lelaki yang muda 54 tahun daripada saya.
“Saya tidak pernah terfikir sama sekali apabila Hardwick
yang merupakan rakan baik isteri Robert menyuarakan hasrat untuk berkahwin
dengan saya,” katanya yang turut mempunyai seorang cucu berusia 21 tahun iaitu
tiga tahun lebih tua daripada suaminya sendiri.
Kata Erell, dia terkejut besar apabila seorang remaja yang
ketika itu baru berusia 17 tahun mempunyai keinginan terhadap seorang wanita
berstatus nenek.
“Saya tidak berniat mencari pasangan muda tetapi dilamar
oleh Hardwick. Saya katakan kepadanya saya mungkin sudah gila tetapi kami
saling menyayangi selepas itu,” ujarnya.
Erell yang kematian suami pertama, Donald, 43, pada tahun
2013 akibat penyakit kencing manis membuat keputusan melangsungkan majlis perkahwinan
pada satu majlis ringkas pada Oktober tahun lalu.
Hardwick yang kini 18 tahun, masih mempunyai ibu, Tammy yang
berusia 48 tahun dan nenek, Carolyn yang sebaya dengan isterinya sekarang.
“Kehidupan sekarang menjadikan saya berasa seperti seorang
remaja semula,” kata Erell lagi. – Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0717&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz4EeMROBuB
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment